bayangmu berselerak di ingatan
ku memungut serpihan serpihan jatuh
kini kau terlalu jauh.
bahkan sekadar menjadi siluet dalam mimpi-mimpiku.
Dari hujung batas rindu Kau datang menapak tenang tapi sayu.
Wajahmu ku hafal dalam dada dalam doa. walhal.
dalam mimpi jadikan lebih nyata. membiru ternyata palsu, dasar penipu tak tahu malu.
mula mula kau aku. satu tambah satu, kini insan menjadi dua, pinta abaikan ketiga.
berpuluh puluh ketawa, beribu angan angan, mimpi berjuta juta tak boleh nak dikira tangan kecil.
jika begini caranya boleh chill. hati kita tak lelah tak boleh lemah tak gigil.
cinta kita sikit pun tidak pernah kalah, terkucil? cuba lihat kita dipuji puja langsung tiada kill.
apakah cinta ini sesuci murni baik budi pekerti? masihkah ingat lagi kita seperti dahulu kala?
jika kau tahu ini jadi penghujungnya semua yang kita bina? apakah akan mengerti?
sampaikan mereka juga pernah bertanya kenapa? mengapa? apa sudah jadi? kenapa? mengapa?
siapa sudah pergi disisi? beri macam macam ini yang jadi? kenapa? mengapa?
apa kau mengerti? aku pon tak mengerti kenapa kita jadi begini? kenapa? kenapa?
takutkan kita terbang tinggi sekali lagi, mendaki dibuai mimpi. berenang di awang awang kini.
banyak hal lah aku ini banyak takutnya. misalnya kehilangan dirimu tak berganti.
tolong isikan apa yang aku kurang. apa yang kurang juga aku sendiri tak tahu
jiwa juga pernah diberi, kau tiada juga disisi. apa sebaiknya.
aku melangkah pergi?
jiwa juga pernah diberi, kau tiada juga disisi. apa sebaiknya.
aku melangkah pergi?
dimana senyum yang dulu?
ku rindukan yang itu, ku rindukan yang itu.
Lama tak menatapmu mataku rindu
bayangmu berselerak di ingatan
ku memungut serpihan serpihan jatuh
kini kau terlalu jauh.
apa kita bincangkan sebenarnya ini? bencana berada di luar rencana? siar wawancara?
tepis segala fana? merana? jantan tak guna? durjana? sialan kamu jadikan aku begini.
cerita kita takkan seperti di film orang utara yang lucu, gemas serta romantis dicipta manis manis.
cerita kita kan berjalan perlahan ke arah selatan dipaksa teruskan, memaksa, terpaksa.
terkena kencing manis, itu bukan hal yang aku suka. hal yang ku suka?
didekatmu. kau adalah orang favoritku nombor satu, nombor dua, tiga, empat lima enam,
isinya nama mu tulis besar senang biar terpampang.
sehingga hitungan yang ke seribu kacang sangat gampang.
Tuhan ketawa terulang ulang, kita hulurkan pistol menyerbu melulu tuduh menuduh.
picu tu pun tak berani nak lepas, kau menangis peluk erat sehalus kapas.
jadikan senjata pusing pusing macam kipas, keliling berguling guling menjadi pening, awas!
awas! pelukkan kali terakhir hangat mesti kau lupa bahkan tak ingat.
berat badan makin susut kenyang air mata bawalah kembali jiwa yang lara.
agar bisa berlayar semula, rindukan pelukan hangat darimu yang ada didada.
sendiri menangis, baru kau takut? semua buku terbuka.
sudah ku baca semuanya. cerita itu kita tahu. tersimpan cerita kisah duka lara dulu.
ditikam berkali kali dihati. walau tak mati. mati.
ku memungut serpihan serpihan jatuh
kini kau terlalu jauh.
aku ini banyak takutnya. misalnya cerita yang jalan lurus juga aku tepis menepis
meski dah habis semua topik tipu berbohong.
tambah satu lorong untuk lara yang tak habis habis menorpong.
biarkan lara kaku biar perannya mencuri, sekali lagi bilik ku kunci,
handphone ku mati, semua orang aku tak peduli, sendiri di kamar buat aku senang hati.
otak berulang cerita paling lucu. perihal perkara mudah sahaja.
juga kau tak bisa menipu senyum, buat muka dungu.
pernah kepala meletop macam mercun pompom pompom.
kau disana sendiri diracun. kau hanya kata tak bisa jelaskan,
biar aku sorang kan yang pikul ini sendiri tak mahu beri kamu bebani.
semakin hilang waras, otak putar malas deras.
hingga keras urat kepala biar belit otak usung sorang diri.
kemana ini akan mengalir? sungai bercabang cabang.
lautan terbentang juga pasti akan bertemu.
dihanyut rindu dan sekelian rasa padamu
kuserah jiwa dan raga. usap perlahan lahan air mata.
menunggu masa masa kita bersua muka.
di ruang yang baru.
ku cium keningmu,
dari dekat tak ku kenal
siapa, siapakah itu?
siapa, siapakah itu?
mana senyummu yang dulu?
cinta yang tersisa, ku peluk sekuat kuatnya.
cinta yang tersisa, ku peluk sekuat kuatnya.
khabarkan yang jujur, ujar padaku semua,
apa yang menyerabut?