mulut terkunci dari mengeluar kata benci,
kisah yang lalu kita baru diselami.
bukan tidak mahu bersama semasa belayar,
cuma ia menyimpan harta sebelum berpunya.
ia tidak membuatku asing,
ombak halus ingin bermanja bersama pantai,
seiring menari melihat mentari jelma diri,
sungguh bagiku juga disitu yang terbaik.
cuma baginya ia cemerlang.
setiap kali ombak memukul pantai akan tempias,
jika besar ombaknya, makin besar sakitnya.
ombak yang kini telah pulang bersama mentari.
jangan sampai pantai rindukan ombak,
akan ku bawa bersama seisi lautan hempaskan badai.
sinar mentari takkan dilihat lagi,
kerna bagiku,
kau teguh sendiri.
moga bertemu di ruang baru.