Monday, May 25, 2026

teruntuk diri masa lalu dan kini.

teruntuk diriku yang masa lalu,
kamu terbang terlalu jauh hingga patah sayapmu menghilang,
benar kata mereka dapat melihat syurga dari sudut lainnya,
ternyata jiwa kita menghakis sedikit demi sedikit,
perlahan demi perlahan menggapai berat nafasmu.

sudah puas bukan menjadi siulan burung burung?
sudah puas bukan kau bersumpah untuk lacurnya lakumu?
sudah puas bukan berusaha mengukur kuburmu sendiri?
kelak kau mintaku kini untuk aku runtuhkan bumi.
mana mungkin kita punya tenaga sekuat petir dan hujan.
ribut taufan juga hanya mampu melihat kita dari jauh.
sudah puas bukan mari bersama jadi apa aku mahu?

bibirku retak ku sulam senyum,
otakku hancur jadi berkeping keping.
jantungku sering meminta untuk aku berhenti,
tangan, kaki, mata, kepala semuanya menjadi saksi.

seperti sihirku membaca mentera untuk menghantar pulang,
pulangkan kembali semua yang berantakan ke pungguk lautan.
teruntuk diriku yang masa kini?
apakah ini balasan untuk orang orang sepertiku.