Wednesday, July 30, 2025

tak kunjung selesai,

sudah lelah, hampir jatuh diri ini.
separuh sayapku patah sekali lagi,
bila separuh semangat tiada disisi,
aku manusia biasa,
oh Tuhan berikanku jalan.

yang menegur khabarku, aku berpaling bukannya sombong.
jiwaku kini takutkan sendiri dalam berlubang kaca yang lohong.
kadang bangun bangkit sedikit lalu jatuh terhumban dalam lombong,
pulang semula menapak laju kaki ku menjerit minta tolong melolong,
biarpun lelah, gundah gulana bersama lara dalam lembah,
harus sedar bukan mudah diludah menjilat badan beransur rebah,
kadang melihat diri ini, dilayar kaca pantulan lemah pilu berubah.
tubuh yang mengah lesu, berteman air mata sedu disengat lebah. 
tangan tadah bertanya tanya kepada Tuhan yang satu,
pecah ku menadah jari jemari mohon bangkit walaupun letih layu,
moga diri ini tabah menyembah selagi ku digarhayu.
senyum ku ukir biar hanyut berkipas sayu menuju ke ufuk bayu.
berjayakah ku melangkah pagar tinggi berduri?
percaya, adakah dunia ini berjuri?
diri sendiri menjadi hakim sendiri.
lihat dimana aku berdiri atau mati.

sudah lelah, hampir jatuh diri ini.
separuh sayapku patah sekali lagi,
bila separuh semangat tiada disisi,
aku manusia biasa,
oh Tuhan berikanku jalan.

yang punya dunia pengakhiranku kelak bagaimana?
sampai bila rasa takut ini menyelimuti penuh kepala?
bising semua suara meminta apakah aku sudah gila?
berikan ku kembali memori yang dulu ku punya.
berkaca kerap mengunjung kumohon dikasi tenang fikiran.
walau angkasa kau beri aku masih menanti setianya hujan.
kemarau berpanjangan kering untuk tumbuh tumbuhan.
setitik air ku ambil, berkali kali tak juga bertahan.
masih belum menjadi sempurna diri apa yang patut,
kebal kulitku perutku mual tumbuh menjadi terbantut,
meditasi sendiri dalam ruang udara ketat cukup risau,
berenang masalah dikepala, ingin melepas hunus pisau.
bencilah aku semahu mahu pun kalian.
ku bukan malaikat atau juga syaitan,
ini salahku maafkan pada darah nadi hati jantung,
aku cuma manusia biasa, tajam melihat tali tergantung.

sudah lelah, hampir jatuh diri ini.
separuh sayapku patah sekali lagi,
bila separuh semangat tiada disisi,
aku manusia biasa,
oh Tuhan berikanku jalan.

[bridge]
ku perintahkan kepada langit memohon kepada matahari.
untuk kembali pulang, kepada pungguk yang rindukan bulan.

[outro]
walau ku tahu jalan aku dibawa kemana,
tetap menerpa apa terjadi di dunia nyata.
seperti mati dari lama dipaksa mengenal diri sendiri.
masih terdengar sayup tangisan yang tak kunjung selesai,
seperti mati dari lama dipaksa mengenal diri sendiri.
masih terdengar sayup tangisan yang tak kunjung selesai,