Friday, November 8, 2024

TUMBUH



tangan ku yang berapi-api.
diciumnya tanpa banyak fikir.
belum pernah aku menghidupkan yang itu,
tapi ditanganku engkau tumbuh.
bertukar kisah serta mimpi,
ada ketawa ada juga menangis.
belum pernah aku melakukan yang itu,
tapi ditanganku kau masih tumbuh.

mengisi penuh semua memori
entah dengan air, entah dengan tangis.
sembuhku dibalut, sembuhmu ku balut.
kemana akan pergi selepas persimpangan?
apa kau pilih kanan? atau pilih kiri?

sebuah layar yang berlabuh,
menjemputnya laju usainya pergi semula,
belum pernah aku menghilangkan yang itu.
tapi ditanganku kau TETAP tumbuh.
kau berikan tanganmu yang terbuka.
bukan kanan atau bukan kiri.
yang aku tahu tumbuhku dirumah.
dan rumah itu hanya kamu.
percaya padaku, rumahku hanya kamu.

terpatri dalam, aku tahu aku lemas dilautan yang luas.
terpatri dalam, kau tumbuh merata dan takkan lupa.
terpatri dalam, kita akan tumbuh pucuk baru bersama.
terpatri dalam, biar tumbuh sedikit tetap kan tumbuh.
terpatri dalam, kita akan tumbuh bersama ke angkasa.
ku tahu kau tak melupa,
ku melupa apa kau rasa,
ku kan tumbuhkan semula.
ku bersyukur tumbuh juga.

"terima kasih" kataku lega.