ada rasa yang tak mahu hilang,
bermimpi dan berkhayal diawang awang.
rasa yang tak pernah hilang melonjak kedengaran.
kuat.
semakin kuat dan kian menjauh.
menangis tadi kini terhenti seketika.
diam bagai dibuai mimpi.
aku kaku.
tangan mengapai untuk mendapatkan kekuatan.
kata kata diucapkan mengikut sejarah kisah hidup.
aku mendengar dengan setia.
terus menangis tanpa henti seperti anak kecil kehabisan susu.
bukan kerna aku tak kuat,
bukan kerna aku tak setia,
bukan kerna aku tak mampu berdiri lagi.
cuma memori lama kembali bermain difikiran seperti layar di panggung.
aku tidak menyalahkan dia untuk berkata sedemikian.
aku tidak menyalahkan aku untuk mengambil hati,
aku cuma inginnya memahi situasi yang kini dilalui.
pedih?
sedikit.