cuba untuk lelapkan mata.
keindahan alam memberikan ketenangan.
jendela dibuka seluas luasanya.
sunyi datang tanpa dipinta.
kali ini, tiada lagu yang menemani sepi.
tiada kata yang meyakinkan jiwa.
tiada mata yang memandang hati.
cuma aku, dan hanya aku.
begitu banyak perkara ingin kuluah,
tanpa disedari aku kian menjauh.
apa kau berputus asa?
apa kau terus melangkah?
apa kau hanya berdiam sahaja?
persoalan menjadi tanda tanya.
aku perlu aku.