Tuesday, May 16, 2023

ALAM MAYA

 detik demi detik,

hari berganti,

sunset pada petang tadi tidak akan sama seperti yang lalu,

kita melihat sunset bersama,

ketawa bersama,

melihat keindahan alam bersama,


aku?

seperti biasa.

menjadi seorang yang beremosi tiap kali ini terjadi,

aku benci akan diri aku.

benci kerana mudah tersentuh,

benci kerana mudah mengalirkan air mata,

benci kerana kau kini tiada didepan mata.


masih ku ingat kucupan hangat kau berikan tatkala ingin melangkah ke pintu antarabangsa.

masih juga ku ingat pelukan sambil dibasahi air mata.

aku tidak meluahkan apa apa dikalbu,

biar tersimpan didalam hati agar tiada yang tersakiti.

biar menjadi kenangan antara aku, kau dan dia.

biar ku sendiri.

alam maya menyatukan kita.

cuma itu yang ada.


"jika kita tidak berjumpa lagi, inshaAllah kita berjumpa di Jannah"

kata katanya sebelum melepaskan susuk tubuhku.


jaga diri.