panggilan terakhir untuk pesawat ke Timur Malaysia berkumandang di pembesar suara,
berlari dengan menjinjing bag galas memasuki pesawat dengan keadaan berdebar debar,
pejalanan mengambil masa 2 jam 30 min untuk tiba ke destinasi yang tidak asing bagi aku.
setibanya dilapangan terbang timur malaysia itu satu susuk tubuh menantiku dengan penuh kesabaran.
satu pelukan yang erat diberikan kepadanya sehingga menitis air mataku,
lama pelukan itu dibiarkan begitu tanpa menghiraukan orang orang disekeliling.
penantian bagaikan berakhir tatkala memeluk erat tubuh yang tegap itu.
dia terus menjinjing bag ke kereta dan meluncur laju ke destinasi yang dirancang berbulan lamanya.
perjalanan menaiki kereta ditemani dengan lagu lagu kegemarannya membuatkan aku sukar untuk lena di dalam kereta seperti kebiasaan.
permandangan gunung tertinggi di asia tenggara kelihatan indah berdiri megah.
angin sejuk menyapa pipi lembutku apabila aku meminta izin untuk membuka tingkap.
hatiku kini hiba.
hiba bukan kerana sedih,
hiba kerana sudah lama mahu ketemu dengannya,
hiba kerana sudah lama kami berjumpa hanya di alam maya.
hiba kerana baru saat itu aku dapat mengenggam erat tangannya,
tidak mahu aku lepaskan.
tidak mungkin.
permandangan yang indah diluar jendela menghadap ke Gunung Kinabalu aku tatapi.
satu pelukan dibelakang membuat aku tersentak seketika.
cuaca yang dingin berubah hangat secara tidak langsung.
lama pelukan itu diberikan.
satu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata kata.
kucupan didahi aku diberikan.
aku tertunduk kaku.
pipi gebuku bertukar merah jambu.
saat yang dinantikan selama ini telah tiba.
aku bahagia.
sungguh aku seorang yang sangat emosi pabila kejadian seperti ini berlaku didalam hidupku,
aku terlalu takut untuk meneruskan apa yang berlaku sebentar tadi,
aku takut untuk menerima hakikat yang aku bukan lah seorang yang baik,
aku takut untuk tidak lagi bersamanya pabila dia tahu segalanya.
tapi ternyata tidak.
dia menerima aku yang serba "kekurangan" ini dengan pintu terbuka.
sedaya upaya aku menunjukkan "diri aku yang sebenar" kepadanya,
tetapi perasaannya tidak beranjak walau seinchi.
malam itu adalah malam yang paling bahagia buat aku,
atau mungkin buat dirinya juga?
ketukan pintu yang kuat terdengar ditelingaku jelas.
aku kembali membuka mata.
tidak seperti yang aku bayangkan.
tiada suasa indah,
tiada pemandangan Gunung Kinabalu diluar jendela,
tiada dia di sisiku tatkala tidur.
"oh.. aku bermimpi" celoteh aku