Wednesday, June 16, 2021

sanggup?

 jam menunjukkan pukul 3.27 pagi waktu tempatan tatkala ini

aku masih kaku menghadap computer riba yang dibeli dengan saki baki simpanan yang kian hancur,

kenapa dunia tidak adil

kenapa dunia hanya mementingkan orang orang ternama sahaja?

orang bawahan hanya akur menurut perintah pemerintah yang zalim.

ya zalim.


hanya mampu menghembuskan nafas yang kian lemah,

lemah untuk berjalan,

lemah untuk bernafas kalau itu yang lebih tepat.


ya. aku tahu tatkala ini semua memkirkan hal yang sama.

mengorek saki baki wang simpanan yang dulunya dibilang sama guru guru agar terus menyimpan kerana "sikit sikit lama lama menjadi bukit"


tapi apakan daya?

aku dilahirkan di dalam keluarga yang serba lengkap.

mungkin aku memilih "option" senang tatkala aku seorang sperma sperti mana lawak di twitter.

ahh sudah. lawak di twitter hanya menjadi bualan mulut orang orang di sana sahaja.


ah sudah.

biar post ini tergantung

tergantung seperti mana orang orang yang menggantungkan diri mengakhirkan riwayatnya

tak sanggup untuk melalui kehiduan yang serba carca merba tatkala ini


aku punya pemikiran untuk lakukan perkara yang sama,

sungguh.


abaikan.