Sunday, June 20, 2021

KATAK HIJAU

Dunia kian berubah,

yang dulu kau berjumpa di menara gading untuk menjalinkan hubungan persahabatan,

kini hanya berjumpa di alam maya,

ribuan yang mengikuti aku di media social.

hanya satu yang menangkap mata aku yang kian menghitam dek kerana jadual tidur kini berubah.


"katak hijau0_0" joined

aku memandang nama itu sekilas pandang,

kembali berbual bersama 2 lagi tetamu jemputan di "siaran langsung" di aplikasi yang hangat diperkatakan.

TIKTOK.


ya. tiktok.

tertarik dengan username yang unik bagi aku.

katak? hijau?

ketawa kechil aku dibuatnya bersama 2 lagi tetamu undangan itu.

hari demi hari kami membuat liputan siaran langsung berbual kosong ditemani dengan username yang tidak lagi asing bagi kami,


hari ke 6

dia perhatikan aku dengan penuh kesetiaan,

satu nota bertulisan dari negara matahari terbit secara tiba tiba naik di ruang komen.

aku abaikan kerana aku tidak mengerti apa yang diperkatakan itu.

"君の事が好きです"

pipiku bertukar merah pabila mengetahui maksud disebalik perkataan itu,


hari ke 9

si katak hijau memberanikan diri untuk bersiaran langsung dan bukan dibawah naungan aku,

lembut suaranya menyapa,

hiba,

hatiku tersentuh dek kerena ceritanya yang menarik perhatian aku,

ramai yang memberi inspirasi dan aspirasi

ramai yang menasihat sebagai "senior" lagaknya

akan tetapi itu bukan ukuran yang kita lihat pada masa ini,

apa dan mengapa kita hidup,

itu persoalannya.


teruskan melakar senyumanmu

teruskan membangunkan empayarmu

teruskan mengibar sayapmu ke angkasa.


aku hanya tersenyum melihatnya.

sungguh.


terima kasih katak hijau