Monday, June 21, 2021

AKU BAHAGIA

 jam menunjukkan pukul 6.21 pagi,

mata aku masih segar tidak mahu ditutup,

tatkala video call berlangsung, aku masih ingin mengirimkan pesan ke telephone pintarnya itu,

jelas kelihatan raut wajahnya berubah,

menangis.


Dia seakan tidak percaya apa yang aku perkatakan,

sungguh aku juga.

aku melihat calendar di iphone 12 pro max yang dibeli tidak sampai setahun itu.

21.06.2021 dan masa 6.21 pagi.

cantik tarikh ini.


dia masih lagi menangis,

begitu juga aku yang pilu melihat air mata sucinya keluar.

aku merasa rawan hati melihat reaksinya.

mimpi kelmarin bermain semula di kepalaku.

raut wajahnya yang redup itu membuat hatiku luluh,

lesung pipitnya kembali mendalam pabila senyuman itu dilakarkan.

aku merasakan begitu beruntung memiliki hatinya.

walau tidak memiliki jasadnya,

walau tidak dapat mengemgam erat tanganya,

walau tidak menatap matanya yang redup itu.


sungguh aku ialah insan paling bahagia,

buat pertama kali dalam hidupku merasakan ada orang dibelakangku,

ada orang yang menghulurkan tangan saat aku perlukan,

ada orang yang sanggup berkongsi kisah hidupnya denganku.

ada orang yang menolakku ke atas saat aku terjatuh.


aku masih menanti kehadiran dia didepan mata,

aku masih setia menunggu saat-saat dalam mimpi itu menjadi realiti,

aku masih ingin memegang erat tangannya saat bertemu,


mana mungkin aku mahu lepaskan?

tidak mungkin.