Detik 12 tengah malam menjelma lagi,
kali ini bukan seperti hari hari kelmarin,
dulunya selepas detik jam 12 pasti akan tutup segala punca cahaya dan suara,
malam ini tidak.
malam ini angin tidak menghembus pada daun daun pokok diluar,
bulan menerangi bilik yang kian gemerlapan.
panggilan video call yang tidak ingin dimatikan sejak pukul 10 tadi masih bertahan.
lama kami berbual,
itu ini,
semua diperkatakan malam ini.
tatkala mata ingin dipejam,
satu ciuman alam maya diberikan,
hangat ciuman itu.
bukan seperti ciuman yang biasa diberikan.
aku hanyut.
hanyut dengan senyumannya
hanyut dengan lirik matanya yang redup,
hanyut dengan wajahnya yang memberikan aku erti ketenangan.
akan ku pahatkan memori malam ini disini,
biar bukan didepan mata,
biar bukan boleh aku genggam erat tangannya
biar bukan aku yang berada disisinya tatkala dia buka mata
cukup untuk aku katakan,
dia amat sempurna.
yang merinduimu tiap masa,
cami