agak gian dengan kesedapan kerja cuti semesta lalu.
habis sahaja paper. keesokan harinya terus masuk kerja,
tiada erti "rehat"
mengulangnya tiap hari dengan rutin yang serupa.
oleh kerana ingin mengisi waktu lapang,
ku terima gaji yang tak seberapa.
mungkin bertahan seminggu dua selepas aku merungut.
minyak makin naik,
gaji makin rendah.
apa yang perlu ku buat?
yes. cari "part time yang lain"
sudahku temui, tapi tidak dibenarkan oleh boss sediakala,
hampa.
harusku ulang rembau - seremban 2 tiap hari melainkan hari mulia jumaat.
"akak upkan gaji kau RM40"
yang dulunya hanya 35.
oh yaa. lupa gaji semester laluku RM1,200 sebulan.
tapi apakan daya. aku hanya menurut.
barangkali 40 itu tidak mencukupi.
isikan perut kancil ku saja dah 13-15 satu hari.
aku hanya part time.
yaa. ku akui.
tetapi part time itu juga manusia.
sedangkan kerja parkson jika kerja public holiday di double dan triple kan.
hari itu, cuti sekolah,
sudah pastinya ramai akan ke pusat perkelahan yang unggul di negeri sembilan.
Port Dickson.
ohh yaa. aku di arahkan ke outlet PD untuk menolong "Full time" disana.
gajiku ditambah.
happy?
mungkin.
cuti sekolah tambah cuti public merdeka.
semua full time dapat gaji yang di doublekan.
aku?
aku hanya part time katanya.
datang lewat
main phone semasa kerja.
bayangkan aku yang duduk dirembau di arahnya ke sana ke mari.
alasannya "kau part time"
sudah ku hafal sebanyak mungkin alasan yang akan keluar di mulutnya.
aku dimarahi kerana tidak lalu tol semasa diarahkan ke PD,
mana taknya rumahku dirembau.
rembau - seremban 2 makan masa 45-50 minit.
S2 ke PD makan masa 30-40 minit.
habis nak suruh aku keluar rumah lepas subuh?
and bayar dengan harga part time?
bukan mahu mengungkit.
bukan mahu perburukkan.
cuma aku kecewa
aku sedih.
aku terkilan.
dulunya aku yang tolong walaupon tak seberapa.
aku yang penuhi segala kehendak outlet.
alasan tak munasabah.
aku penat.
yaa.
aku part time
puas?