harini aku nak buat story pasal #BOOMVACAY
bagi engkorang yang tak kenal siapa lagi boom. BOOM ialah nama group besaq aku dekat segamat. tarikh permulaan bermulanya persahabatan kami pada 27 januari 2015 di UiTM Segamat.
okay cukup untuk intro.
so ini bukanlah kali pertama boom mengadakan vacation, tapi sudah ketiga kalinya.
so dimana destinasi kami kali ni?
PENANG !
selaku pembentang dan pembuat paperwork trip kali ini. aku start dari bulan 1 tahun ni. gila kau. paling lama punya plan. malah aku bukan kesorangan. si snowman dan fy juga turut membantu.
terima kasih.
so, kami plan untuk pergi 3 hari 2 malam. dengan budget RM250 seorang. trip kali ni berbeza sikit dari trip sebelum ni. kita naik public. dari kereta, KTM, Uber, Kapal Terbang, Van, Feri, Bus dan ETS. gila kan? hahahhaha
so macam biasa. kami akan pilih tarikh minggu first masuk sem. bukan apa. masing masing nak ponteng kan. kahkah.
RABU (13 Sept 2017)
bermula jam 730 pagi, aku jemput maryam ain dan intan dekat rumah sewa (rembau) dan menuju ke KTM rembau. so kami berkumpul di ktm rembau ke ktm nilai. dalam ktm tu lah pickup yang dari senawang (F, Fy, Ainaa) dan dari seremban (cahir, mijo, pejan) oh lupa. boom hanya 11 orang pada asalnya, but then ada tetamu jemputan iaitu cahir dan nazmi. (bukan beshe beshe nak join trip boom ni)
then sampai KLIA tu memasing dah excited nak fly, dengan ada shoppingnya. ada yang duduk amik gambo. lepas check in dan fly. tiba lah di penang. so kami sewa van, first thing first, chekin homestay lah. mula mula homestay aku pilih ialah appartment. then orang tu kasi kondo. kau rasa? aku rasa homestay tu memang perform teruk. sangat selesa, lawa, ada swimming pool, besar pulak tu. then pada awalnya budak perempuan masuk gila diaorang punya jerit tengok rumah macam haram weh. gila nasib baik lah rumah tu kedap bunyi (serious talk) siap ada bath tub dalam tu. gila kan? hahaha berapa harga? basically rumah tu 500++ but then, aku dapat harga 400 sahaja satu malam. mahal kan? tapi aku rasa berbaloi lah.
sudah siap semua teroka rumah nan indah tu, semua mengadu dekat aku lapar. acik dia, pegi lah ngadu dekat maryam sana. so aku tengok balik tentative kami, pergi tempat makan pertama iaitu di "SUP HAMEED NASI KANDAR" okay, kedai dia takdelah besar mana. tapi okay lah. sedap pon sedap. nama pon sup kan? so kami try lah sup dia.. kau ingat nak makan sup ayam ke? kemon. mijo order SUP TERPEDO, hahahha aku tak tahu lah eja betul ke tak. tapi engkorang tahu ke apa tu? kalau tak tahu boleh google. sedap weh. sampai jilat jari. kahkah
pada awalnya nak pergi street art, tapi semua nak shopping kudap kudap dekat tesco. kemon lah. datang penang nak pergi tesco. sekali aku bawak pergi tesco. amik kau muka bahagia fy yaa ainaa pejan teserlah. kahkah bangang ! so kitaorang shopping lah segala barang dapur. balik balik tu, kitaorang mandi swimming pool. kau tahu tak betapa bestnya swimming pool tu? fuh ! aku lupa amik gambo je ni swimmming pool tu.
so malam kami pergi keluar makan. destinasi? gurney drive apa benda tah. bapak ah aku makan pasemboq, kuew tiaw, kerang bakar rebus, laksa penang. gila kau, kenyang dia tayah cakap ah. tapi aku bahagia. kahkah. tapi pada awalnya nak plan pergi secret garden, tapi ada yang tetiba taknak pergi. so tukar lah plan untuk malam tu. lepas habis makan, pergi padang kota lama. amik gambo sajo. balik homestay, ingat boleh tido? haaa mula lah makan samyang + main uno sampai pagi. kahkah dekah dia. macam biasalah aku mesti kalah en. hmm
KHAMIS (14 Sept 2017)
so esoknya, nak plan pergi roti canai transfer road. again. semua bangun lambat. so aku ain yaa cahir je pergi beli sarapan. yang uniknya ada apam manis tau. sedap gila weh. bahagia aku makan. hmm then. dalam 12 centu gerak ke street art. misi kitaorang ialah ais kepal ! tapi kau tahu tak nak ke ais kepal tu aku rasa. takpa lah. jauh nakhrom dari tempat parking aku doh. demi ais kepal. gigih jalan amik gambo video semua dekat street art tu. dapat je makan ais kepal. aku rasa penang trip aku bahagia. jalan lagi beb, cari cendol apa tah nama dia. again, jauh leknet ! sampai sana ingat makan cendol je ke? rasa ah kuew tiaw yang pemes tu. serious shit gais. you guys should try kuew tiaw dia ! sedap gila !
lepas makan semua pergi shopping baju lah, shade lah, jeruk lah, macam macam weh diaorang shopping. dah penat apa semua. kita pergi balik kat van. oh lupa hujan nak turun time tu. memasing yang gemok ni lari cam orang gila. kahkah. then terus balik homestay. pada asalnya nak balik tu kejap je, then terus naik feringhi pakai uber. then, apa lagi? nama pon boomers kan? ada yang nak naik atas apa semua. then yes. batu ferigghi tak pergi. sebab semua dah penat semua. tapi okay lah, nasib baik hujan. so takde lah marah sangat. hujan hujan pi feringghi tu uber pon mahal. lecak pon lecak. so semua naik atas.
then mun fy intan nak buat presentation pulak. dia nak bentangkan suruh semua lepak dekat rumah je main game. chill chill je. then approve by aku. but then aku selit sikit pergi secret garden tu dulu, then kita lepak dekat rumah. so semua sesiap lah nak pergi keluar kan. okay bila part ni engkorang baca dengan nada serious sikit okay.
dah siap tu. brader van tu call aku, cakap nak tukarkan van kitaorang dengan dua kereta, tapi aku tak kasi sebab aku ada mintak nak cancel sewa, so kami sewa satu hari je. tapi dia tak kasi. so aku stick je lah pakai van tu sampai jumaat. tapi dia paksa jugak nak amik van malam tu. aku syak dia dah nak sewakan kat orang lain. tapi tu ah. syahir yang deal dengan orang tu. sampai nak gaduh weh. tapi apa boleh buat, diaorang scammer ! teruk weh. van aku order bagus kot. sampai sampai haram jadah kotor, aircond takde, gear sampah. dah lah manual. fcuk it ! dah lagi sekali tak ikut plan asal kitaorang. lepas pulangkan van malam tu, kitaorang decide nak makan kat rumah je. masak speghetti. okay lah. kami yang lelaki ni pergi beli barang.
sampai je rumah. kitaorang semua senyap. merajuk masuk bilik. aku pon tatahu lah siapa punya idea tapi. aku pasti aku ikut je idea bernas tu. budak perempuan semua dah gelabah tanya okay ke tak, braderr van ajak bertumbok ke, siapa menang tumbok tumbok. tapi kitaorang lelaki ni chill je. letak barang kat dapur, terus masuk bilik. point dia kat sini. nak suruh diaorang masak je. kahkah. jahat doh siapa punya idea ni.
lepas makan speghetti yang dimasak oleh chef ainaa, chef maryam dan cheff ain. kitaorang makan dengan tenang. air kopi ais sebelah untuk elak tercekik. lepas habis basuh pinggan semua. acara yang ditunggu tunggu ! SILENT KILLER ! game ni memang kitaorang belajar dekat segamat dulu. so main benda ni sampai pukul 3 pagi kot. barai teruk. lepas main tu diaorang sambung main uno pulak. tak reti tidoq ka? aku? kemon lah. pergi buat air kopi, lepak varanda, hisap cigar sambil hujan. nikmat teruk weh, dengan view homestay tu perform nampak laut. tenang. tido lepas subuh. bangun pukul 915. gila nak check out kot. again plan nak mandi swimming pagi tu dibatalkan.
JUMAAT (15 Sept 2017)
pagi yang tenang. langit masih menangis dari petang semalam. aku bangun pergi masak maggi, samyang dan telur dadar, bagi anak anak makan. sambill jerit suruh bangun dan siap untuk check out. check out kami masih terperangkap dekat homestay sebab hujan lebat sangat. plan nak pergi mee sotong tak dapat sebab hujan. so pergi makan kapitan sahaja.
lepas makan, pergi terus fery. nak naik fery, sampai jeti butterworth, memasing dah tak larat nak jalan tapi kitaorang boleh naik rapid free. hehu. gila weh. kalau bebudak ni lambat dapat uber, dah tertinggal fery, then kena balik ah naik benda lain. nasib baik sempat je haritu nak kejar fery. sampai je ktm tu. hujan lagi, tunggu dalam sejam lebih sikit before naik ktm. apa lagu dalam ets jugak aku buat video trip.
the end untuk trip.
https://www.youtube.com/watch?v=U4N2koAbvnE&t=7s