Saturday, August 26, 2017

tragedi ogos barangkali

malam itu bulan segan menunjukkan dirinya sendiri,
mungkin ia digelar "anak" seperti bayi yang baru lahir.
seperti biasa, malam hari aku akan ambil angin dan menghembuskan asap kepulan ke angkasa.
hujan?
tidak. kerana langit dihiasi dengan bintang malam itu.
cantik.

satu suara kedengaran memintaku dibawanya ke hospital.
akur.
kunci diambil lalu berlalu meninggalkan rumah kira kira 2240

hati tidak derdegup normal.
ini mungkin akan berlakunya sesuatu, bisik hatiku
tanpa disedari malam itu. malang buatku,
seekor kerbau melintas.
kerbau yang gemok.
busuk.
lagi muka hodoh.

renyuk kereta kesayangan ayahanda.
gusah.
gelisah.
pasti akan dimarahi kelak diketahui.

seperti dijangka dua jejaka datang melawat.
tindakan pertamanya meningking aku dan menampar kepalaku.
aku terdiam.
diam bukan bermakna pasrah,
diam kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.
aku yakin bukan aku bersalah.

balik ke rumah hatiku sayu.
melihat ayahanda,
bonda,
kakanda menunggu kepulangan kami.
risau barangkali.
aku berlalu keluar dari kereta kesayangan ibunda pula,
air mata deras mengalir.
hanya mampu menzahirkan perkataan "maaf"
yaa.
itu saja.

again.
maaf.