petang itu, bising satu rumah.
ada yang ketuk ketuk loker menandakan ianya sudah kosong.
ada yang terpekik seperti histeria.
ada yang zip bag siap siap untuk berangkat.
ada yang masukkan barang didalam kotak usang.
tidak lupa juga, ada yang sedekahkan lebihan "stock" makanan ketika masih dikolej.
aku?
pura pura tidur.
anggap semuanya tidak berlaku walaupun berada dirumah yang sama.
sedih?
gembira?
semua perasaan itu menjadi satu.
aku hiba,
kalau dapat undurkan waktu. tidak ku pilih jalan ini.
meski sudahpun ku ketahui bahawa ianya akan berakhir sebegini.
silapku juga.
akur.
kini rumah yang dulunya bising seramai 8 orang. sepi tinggal berdua.
aku pandang dia. dia pandang aku
kosong.
tangan masih genggam erat nota untuk perang ahad ini.
mahu tidak mahu.
aku patut melangkah untuk hari mendatang.
semoga maju jaya syahmi.
all the best last paper !