peluk erat tubuhku.
waktu berpisah ku takut.
kau menghilangkan diri.
akan terjadi lagi.
aku yang rasa kalut.
manis bibirmu itu.
sudah tidak ku temu.
degup jantung tak melaju.
fikiran ku melarut.
apa aku sudah tiada.
rasakan mu didada?
entah mengapa diri ini tidak boleh memaksa.
hadirkan bintang malam ini buatkan ku ceria.
ketawa kita kabur tenggelam bersama senja.
tunggu sebentar. esok pagi mentari kan tiba.
apakah kau merasa apa yang ku rasa?
jika benar ia ada. maka biar kan lah.
apakah kau memerlu aku di pelukmu?
jika sudah tak mahu. maka ku kan beransur.
pergi ke sana, kau tidak akan jumpa.
persis kelakuanmu. yang dahulu kala.
seketika.
aku emosi.
aku bermimpi.
aku kembali.
kau kembali.
kau menjadi.
kita semula.
apakah kita ini.
apakah kita ini?
jangan kau kata kawan saja,
kau tahu bagaimana perasaanku bila kau pergi dahulu?
hampir aku jadi gila. empat purnama tak bersua muka.
jangan menghilang lagi. mesti badai yang melanda.
petir, guruh, tsunami menghalang kita. jangan beranjak pergi.
entah mengapa, emosi ku kali ini sedikit tak menentu.
mungkin kerna waktu waktu yang dulu. saat ku hampir gila.
tiada khabar darimu.
tiada mata bertemu.
tiada wangi menghidu.
tiada mata yang sayu.
tiada pelukmu di dada.
tiada berkaca dimata.
tiada suara meminta.
tiada tangan menerpa.
tiada semuanya itu.
yang ada hanya hati pilu.
jatuh berderai menghempas ke muka.
ku endahkan rintik hujan jatuh, ku tetap coretkan sedikit kata.
cuba menilai baik buruk dirinya kala ini.
lama ku fikir, lama juga pendamkan.
Nukilan ku luah menjadi sepi. mendiam diri.
Nukilan demi nukilan di coret tidak sendiri.
Nukilan ini menjadi saksi rasa-rasa iri.
mungkin ini caraku, bercerita sendiri.
kerna kau tak lagi disini, kau juga menangis?
apa aku lalukan makin pudar di ingatan?
apa aku berikan terbuang dilongkang jalanan?
kalau benar, indah sekali caramu itu.
takkan ku peduli lagi sesali. cuma itu kata dibibir,
kalau kata hati sudah terguris, aku masih menanti
kali ini biar ku meletakkan noktah.
ini noktah. biarku berhenti disini.
takut takut terus menulis berjelar.
muntah segala isi kepala.
aku emosi nanti.