detik berlalu begitu,
saja aku masih merenung,
jika bukan pada jendela.
di langit luas mata melihat.
detik hatiku tidak begitu hebat.
saja aku masih merenung,
jika bukan pada jendela.
di langit luas mata melihat.
detik hatiku tidak begitu hebat.
Hujan diluar masih lebat,
ada orang disana yang benci akan hujan,
membawa sial kerana tidak bisa berjalan.
ada orang disitu yang suka akan hujan,
kerna tahu akan hadirnya pelangi warnakan.
jika aku? masih merenung rintiknya yang lucu.
petir dan guruh berima merdu,
melayang seorang menari hindarkan pilu.
aku masih disitu, bersyukur hadirnya itu.
pasti Tuhan dengarkan isi jiwaku menjerit.
minta tolong, meraung yang sangat bingit.
tak mengapa, pelangiku kini muncul dilangit.
kadang berfikir juga,
jika Tuhan turunkan hujan,
pada tempat yang berlaku kebakaran.
api yang marak membakar amarah.
hilang sekelip mata, tunduk menyerah.
pada tempat yang berlaku kebakaran.
api yang marak membakar amarah.
hilang sekelip mata, tunduk menyerah.
jadi apa yang berlaku pada waktu?
adakah ia masih sama lagi berlalu?