bulan memang satu,
bintang yang beribu,
biar pegang yang dulu.
jangan sampai jadi keliru.
lidah memang satu,
mata yang sepasang.
biar luncur yang laju.
jangan sampai malu panjang.
walau hanya
mampu berdiam,
walau hanya
mampu mendengar.
ya aku tahu,
aku ni bersalah,
bintang beribu mulai marah.
kini sudah semakin susah.
bulan satu mulai resah.
lidah mulai kelu,
mata mulai membasah.
mana pergi senyum
yang bawa terbang?
biar harini terus jadikan
jangan berulang terus hilang.
jangan hanya
mampu berdiam,
jangan hanya
mampu mendengar.
hatiku sedih,
jiwaku risau.
diriku hancur.
tubuhku karam.
kumpullkan segala ada di badan.
terbang kembali sampai ke awan.
pijakkan kaki di bumi tuhan.
aku mahu kembali bertahan.
diriku diperlu aku.
diriku diperlu aku.
perlukan aku.