Monday, December 2, 2024

CUKUP

cukup, ya aku tahu.

tutupkan mukaku yang penuh cela.

biar gores masih ada tak mampu kalis.

lidah aku juga sudah dipaku.

cukup, apa kau tahu?

bukakan mataku yang penuh lara.

basuh segala tak mampu untuk tepis.

bibir aku juga sudah membeku. 

apa yang jadi harini.

ingat ia sampai mati.

bawa ingat sampai mati.


pejam. pejam. buka matamu sekarang.

pandang arah disana. kacau bilau berperang.

cukup,

aku tahu aku tahu.

cukup

sangkakan sayap bisa bawa terbang.

patah satu, rebah, jatuh, sembah. lumpuh.

hatiku sedih. ya aku tahu kau mahu aku senyum.

ku hanya mau rasai.

diriku diperlu.

Dia sudah jentik.

buka mata biar celik!

kau bukan tilik.

leher kau jangan cekik.

itu bodoh bukan cerdik.

baru sikit kena herdik.

CUKUP

bibir, telinga, mata,

semua jangan kau pejam