Tuesday, December 31, 2024

Indahnya Takdir

 indahnya takdir,

meski belum ketahui.

apa disebalik hikmahnya.

mesti juga belum ketahui,

keseluruhan didalam isinya.


lalu bersimpuh memuja,

Pada Sang Maha Kuasa,

Jangan biar terleka,

walaupon seketika.


hal hal yang dulu,

biarkan berlalu pergi,

kau mencuba tahu,

selamanya ku sini.


indahnya luka,

meski parut masih ada,

belum hidup kembali,

kini tertikam lagi. meski,

belum bertentang ilahi



Monday, December 30, 2024

TENANG

dia pergi dan aku,
hanya kaku dipaku.
cinta juga mengikuti,
kebodohan diri melihat diri sendiri.

tidak mudah melupa apa yang kita tempuhi, bersama jauh hingga kini,
titik hitam masih melekat takkan lama hilang, ia kekal disini, tetap kekal disini.

andai kamu,
andai kamu,
ingatkan kembali semua gelak tawa telah bina,
hanya satu silap tanda,
takkan mudah kau melupa?
sikit tidak berpaling, tiada siapa ada di keliling.
sendiri healing.
sendiri healing.
healing sehingga segalanya hilang
cinta , kebodohan, ketawa,
tidak lupa air mata meluka.
dan hingga titik hitam hilang, di dalam ombak rindu.
ku mendongak keatas

mata ku tenang melihat awan...
telingaku tenang mendengar ombak berkawan.
diselimuti cahaya fajar mentari menjadi teman.
terima kasih alam...
dan tuhan...
kini aku...
tenang..
tenang..

terima kasih, Tuhan.

Friday, December 27, 2024

lampu kuning



lampu kuning, menyala terang,
harus berhenti, dari seberang,
jangan dipaksi, takutkan hilang,
diculik alienkah? atau jembalang.

jika tak suka,
usah memberi,
aku tak berdaya,
bukan tak sudi.
kuning itu tanda,
bersedia berhenti.

pesan pada diri sendiri jangan terlalu berani,
jika enggan hidup di awang sendiri lagi.
ku beri nasihat, sebelum bertemu ilahi.
ingat bersiap sedia kan diri untuk berhenti.

kelmarin kan lewat,
malam dibuai kawat,
tajam berduri pekat,
biar sentiasa beringat.
lampu kuning gawat,
datang sekejap sangat.

biarkan, bukan urusanku,
biarkan, bukan juga urusanmu,
merahnya lama,
hijaunya sedang,
kuning tak sempat.

Muhammad Syahmi.



dia melihatku,
dengan takjub.
banyak mimpimu,
telah terwujud.

sepertinya, ku ingin terus mencuba,
segala apa yang ada di dalam dunia,
meski mustahil, ku hanya berkata,
ku hanya bangga padamu dengan "dia".

aku tahu, aku kecil,  tahu,
kelmarin malam, ku jatuh, sungkur, malu.
dan harini, angan menjadi mimpi kamu,
satu persatu, hadir dengan takdir Yang Satu.

jagakan emosi,
kelakkan mati,
musnah segala mimpi,
itu kau ingin?

dan harini ini,
angan menjadi mimpi,
kamu yang mati,
kini tak lagi.
berjayakah kami?
hai Muhammad Syahmi.

Tuesday, December 24, 2024

MENYUSUL

saat tangan ingin menggapai,
tiada yang ingin menghulur,
bernafas sedikit tak ingin usai,
berharap masih ada mendengar keluh,

bukti padamu yang selalu sendiri,
mereka melupa apa salahmu kini?
bohongi diri katakan tidak sekali,
hanyut tanpa kata terus selami.

itu aku, bukan kita.
itu kamu, bukan mereka.

dan selesai,
ku hanya mampu menjadi debu di pasir, 
pantai yang tenang kini jauh tersisir.
ku pergi duluan.
kau kan menyusul kan?

ku pergi duluan.
aku pasti kau kan menyusul kan?
kau akan menyusul kan?

Thursday, December 19, 2024

ANDAI

andai, jarak tak memisahkan,

ku rindukan kucup pelukan, eratkan jiwa yang bertahan, sayang. andai, kita tak dipertemu, semua orang kan ku rasa jemu, terima kasih atas aturmu, Tuhan, dimasa ini ku hanyut dalam dunia sendiri, kau masih temaniku disisi hingga kini, sehingga selamanya. bolehkah, aku menangis tanpa suara? biar mereka tak mendengar semuanya. meski beribu bintang cuba bertahta, hanya kamu yang selalu setia. bolehkah aku terbang ke sana. jarak ini sudah ku tak biasa,

hanya mampu terus berdoa, terus denganku sampai bila bila. 

andai, kamu punya yang lain, silakan pilihnya wahai kasih, hanya satu yang kupinta, kisah bersama jangan kau lupa, sayang. bolehkah, aku menangis tanpa suara? ku hanya, ingin kau disisi sahaja. ingatkan ku saat aku terlupa, bangunkan ku saat pagi menyapa, ceriakan ku saat aku terluka. hanya itu semua, yang aku pinta. sayang.

Monday, December 16, 2024

Sendiri Aku Mati.

sendiri, sendiri ku jalani, bagai sang helang terbang tinggi, bulu indah dicabut manusia keji. masih mampu terbang tinggi lagi, walau sepinya rawat sendiri, sendiri. sendiri ku jalani, tiba tiba muncul bak mentari, tak hiraukah rinduku kembali. isi kepala gembira riang pagi, walau, belum musim dingin berganti ada sesiapa diatas sana? tolong aku hampir di penghujungnya. hilangkan bentala yang kita bina, beribu rencana bina berdua. bentala sudah hanyut disana. meski ribuan sinar bantu hulur cahaya, sendiri datang lagi kenapa, mungkin aku yang sedikit gila. lihat api senyum gembira. lihat air terus mengalir darah, sendiri, sendiri ku padam api. agungkan dunia yang penuh suci. murni cinta yang datang sekali. semuanya harus seimbangkan mimpi. tuliskan terapi sikit tak peduli. sikit juga tak mati. apa mungkin? mungkinkah biar saja aku menjadi, batu bata dalam rumah tegak berdiri. duduk diam sambil menonton TV, siapa lalu lalang aku terus maki. menangis biarkan mengalir. ketawa apatah lagi. ada sesiapa dibawah sana? tolong karamkan semua tanda tanya. tolonglah teman di atas bawah, harapkan lah semua ini, kan berakhir mewah. rasa diri ingin jadi, batu bata dirumah. atau helang terbang tinggi. biar ku takkan bersua. sendiri lagi. ada sesiapa teman disana? biar aku usapkan semua, air matamu jatuh menitik. hingga. aku. mati.

Sendiri Aku Mati.

Sunday, December 15, 2024

diperlu aku



bulan memang satu,
bintang yang beribu,
biar pegang yang dulu.
jangan sampai jadi keliru.
lidah memang satu,
mata yang sepasang.
biar luncur yang laju.
jangan sampai malu panjang.

walau hanya
mampu berdiam,
walau hanya
mampu mendengar.

ya aku tahu,
aku ni bersalah,
bintang beribu mulai marah.
kini sudah semakin susah.
bulan satu mulai resah.
lidah mulai kelu,
mata mulai membasah.
mana pergi senyum
yang bawa terbang?
biar  harini terus jadikan
jangan berulang terus hilang.

jangan hanya
mampu berdiam,
jangan hanya
mampu mendengar.

hatiku sedih,
jiwaku risau.
diriku hancur.
tubuhku karam.
kumpullkan segala ada di badan.
terbang kembali sampai ke awan.
pijakkan  kaki di bumi tuhan.
aku mahu kembali bertahan.
diriku diperlu aku.
diriku diperlu aku.

perlukan aku.

Monday, December 2, 2024

CUKUP

cukup, ya aku tahu.

tutupkan mukaku yang penuh cela.

biar gores masih ada tak mampu kalis.

lidah aku juga sudah dipaku.

cukup, apa kau tahu?

bukakan mataku yang penuh lara.

basuh segala tak mampu untuk tepis.

bibir aku juga sudah membeku. 

apa yang jadi harini.

ingat ia sampai mati.

bawa ingat sampai mati.


pejam. pejam. buka matamu sekarang.

pandang arah disana. kacau bilau berperang.

cukup,

aku tahu aku tahu.

cukup

sangkakan sayap bisa bawa terbang.

patah satu, rebah, jatuh, sembah. lumpuh.

hatiku sedih. ya aku tahu kau mahu aku senyum.

ku hanya mau rasai.

diriku diperlu.

Dia sudah jentik.

buka mata biar celik!

kau bukan tilik.

leher kau jangan cekik.

itu bodoh bukan cerdik.

baru sikit kena herdik.

CUKUP

bibir, telinga, mata,

semua jangan kau pejam