Tuesday, October 1, 2024

RUMAH

perjalanan pulang bertemankan lagu "aku masih takut angin"
coretan yang aku jadikan lagu beberapa hari yang lalu.
kereta yang dulu perlahan ku bawa melaju.
jam di tangan menunjukkan pukul 2.42 pagi.
timbul satu pesanan di telefonku
"nak saya teman?"
tanpa ragu ragu dan segan silu ku katakan
"ya, aku mahu"
dia seakan tahu aku tidak lagi tidur kala itu.
dia seakan tahu aku menangis di perjalanan pulang.
dia seakan tahu aku tidak kuat jika seorang.

"kalau ada apa apa, cerita dengan saya, saya akan dengar"

pintanya kali ini kurasa tak boleh.
bukan ku tak mahu bercerita bukan tak boleh.
ini tentang perasaanku terhadap yang lain, apa okay?
lama ku mendiam mengumpul kekuatan untuk tidak berdalih.
bercerita tatkala hampir sampai dirumah,
tentang angin yang aku takut kini beralah.
air mata melaju membasahi pipi yang merah.

ku rasa lega melepaskan tapi dia tak marah. dia tak marah?
apa benar dia  tak marah?
apa benar dia tidak marah aku kali ini?
mana mungkin dia tak marah. apa ku bermimpi?
[bass drop] [man voice] [talking]
"saya nak awak jadikan saya sebagai rumah"

itu katanya bila dia melihatku sedih kerana dia turut sedih.
dia teruskan bicara,
katanya

"ingat tak dulu masa kecik kecik, kalau kita bergaduh"
"bertumbuk di sekolah, balik akan mengadu dengan mak"
"saya nak awak jadi saya sebagai rumah awak"
"awak ialah orang yang saya tunggu setiap pagi"
"awak merupakan rumah bagi saya"
"saya bahagia"
"saya bahagia bila awak cerita"
"saya bahagia dengan awak"

katanya terus sambil melihat aku menangis,
kalini tangis ku makin melepas.
kalini tangis ku bukan lagi kerna angin.
kalini tangis ku tentang dirinya disana.
kalini tangis ku tentang diriku disini.
tak mampu untuk menutupi segala kekurangan diriku sendiri tanpanya.
tak mampu untuk berjalan sendiri jika tidak bersamanya.
tak mampu ku fikirkan lagi pengantinya kala ini. tidak mampu.

ku kira akan melafaskan kata benci, serapah, dan makian.
kau tahu ku bercerita tentang siapa? itu saingan.
ku salah. Kau tetap mendengar setiap bait kata ku bicara,
katanya mahu aku jadikan dia sebagai rumah.
tidak mahu lihat aku sedih, kerna dia akan ikut serta.
ku Merasakan dia sempurna. terlalu sempurna.
mana mungkin aku lepaskan,
tidak mungkin.

mungkin ku terlihat tidak sempurna, tapi itu aku,
pintanya untuk pulang ke rumah, bukan tak mahu,
ada yang menyinggah sebentar, itukan tetamu.
ada juga yang datang ke rumah, itukan abang pos laju.
lantai sudah sedia, tiang juga kukuh, mana kuncinya?
kuncinya hanya satu, pada aku.
aku akan pulang sekarang, kan kau bilang
kau kan rumah?
aku akan pulang.
aku akan pulang.
aku akan pulang ke rumah sekarang.

"terima kasih masih menerima diri yang kotor ini untuk mandi dirumah"
"terima kasih masih menemani saya saat saya jauh walau kau jauh"
"terima kasih tidak bosan denganku, begitu juga aku'
"terima kasih atas segalanya."
"saya juga sayang kamu"