kau dan aku punya dunia sendiri,
disana kau sembunyi,
disini aku tutupi.
ruang yang luas itu hanya ada aku, kau dan kata.
sudut memori yang kita bina,
lakarkan warna yang hitam, putih, biru, serta kuning diatas.
luka yang lama itu hiasi indah.
kulit yang suram itu warnai merah.
tulang yang patah itu makin ghairah.
pejam dan ingatkan kisah yang lalu,
tak mahu untuk sadar dan lalui semua.
telinga kian merintih meronta untuk pulang.
ya.
mari kita pulang.