Gembira bila aku dipeluk dia,
Gembira bila dia bercerita tentang hidup dia,
Tapi,
Aku sedar aku hanya menumpang,
Selepas hari ini aku perlu kembali kepada realiti,
Realiti dimana, aku perlu sedar akan sebab kewujudan aku,
Namun,
Bila aku bersama dia,
Aku mampu buat apa yang aku tak pernah buat,
Aku mampu mendengar apa yang aku tak pernah dengar,
Aku tak cakap, aku tidak boleh hidup tanpa dia,
tapi,
Aku tak boleh hidup kalau dia hilang dari aku.