Friday, July 1, 2022

1st

 hello,

macam dah lama aku tak update blog, bersawang dah rasanya ni, so kalini aku saja ja lah nak story perjalanan pusing pusing malaysia selama 10 hari, total lost around 1.5k kot, hshhshshs, okay ayoh start!


so macam biasa aku ke sabah dari KL, pergi ke tawau untuk stay dekat rumah armman (dibaca gendut).


so aku stay lah tawau dalam 4 hari 3 malam macam tu, tidur dekat rumah dia ja, tbh within a year ni dah 5 kali aku ke sana, so 5 kali juga lah kami berjumpa, agitoh. seronok duduk sana, suasana dia lain, orang orang dia lain, makanan lagi lah paling heaven kot!

actually dekat sana banyak gila hal terjadi, kitaorang terpaksa settlekan hal untuk ke semenanjung, aku tak boleh ceritakan secara details dekat sini, cukup hanya certain people ja yang tahu. so ada lah satu hari tu aku nak settlekan hal dengan kawan aku dekat sana, saja ja lah pergi switch, then tengok ada pulak stock Apple watch, actually aku ada terbaca dm dia dengan adik angkat dia, yang cerita pasal apple watch, sekali dia kata "kalau beli Apple watch SE pon dah bahagia dah" aku pon macam tanpa berfikir panjang, terus grab apple watch tu, sumpah budak yang serve aku tu baik gila. then after that member aku nak pergi beli tempered glass and casing untuk phone dia. so time perjalanan tu, aku ACCIDENT! tak tahu nak sedih ke apa, aku risau gila sebab ya lah, kereta orangkan aku bawa tu. nasib baik tak teruk, salah aku juga, brader tu nak ajak bergaduh babe, hmmmm

apple watch for armman

switch tawau

kemek sikit sama seperti hatiku, lah

so after balik tu, then tiba lah saat nak pergi ke semenanjung, saja je lah cakap nak beli macbook, sekali dia ajak "jom" aku dah lah pantang orang jom kan aku ni, so singgah lah lagi sekali switch untuk beli macbook pro, ehek! thank you!



our first flight together, finally he can fly with me



ehek 


finally sampai juga dekat KL, plan asal nak terus ke ganu tapi disebabkan banyak cut budget so balik ghombau dulu lah, balik ghombau then stay 3 hari baru gerak ke penang, tbh selalu dia tengok dalam vc je rumah, ni first time dia datang, nehhhh kauuuuu baru tahu belakang rumah aku ada pokok durian, kelapa, manggis dan lain lain. hahahaha




                     



singgah solat maghrib dekat masjid sendayan. saja bawa dia pergi masjid biar insaf sikit

kebetulan adik punya convo, so join lah makan dengan family besar aku. nah kau, ketar ketar. hahaha


so marilah kita bermula trip dari rembau ke penang, plannya nak gerak pukul 4 pagi, nehhhhhhh bangun lambat. so jam 5 baru kitaorang gerak dari rembau.

singgah starbucks rnr dulu, solat subuh. ader





aku sebenarnya malas nak type panjang panjang, so aku share je lah gambar kitaorang jalan jalan sekitar penang, lepas jalan jalan dan makan makan, terus shoot pergi cameron highland. ya allah kau boleh bayangkan aku punya barai bangun awal, drive, then sambung drive lagi. matilanak.

oh lupa nak cerita, time kitaorang dekat penang nak pergi dekat tempat budak naik basikal tu, pusing pusing tak jumpa, sampai kitaorang tanya pakcik tepi jalan. hahaha nasib pakcik tu baik dia tunjukkan jalan then sampai lah tempat tu. 


setelah 3 jam perjalanan dari penang ke cameron, finally sampai juga dekat cameron. hewhew. nasib baik sejuk plus view cantik. so elok lah sikit aku punya sakit badan time drive tu. 






actually aku laaaaaama gila tak naik cameron ni, rasanya last 2018 kot. then ni baru naik balik. first thing first aku cari ialah strawberry sebab murah. hmmm. but thank you armman tolong jaga malam tu sebab kitaorang makan steamboat, tak sure lah tak fresh ke apa, badan aku gatal gatal teruk malam tu. tak boleh tidur weh. lepas makan ubat and urut sikit baru boleh tidur. hmm thank you

so ke esokan harinya baru lah gerak ke KL, time sampai KL tu dah nampak KLCC apa semua, dia punya excited tu ya allahhhh!!! comel bah! ye lah dekat tawau paling tinggi pon hotel 3+ tingkat ja. ni semua bangunan banyak bah tinggi tinggi. aku terus bawa ke airbnb yang selalu aku book sebab selesa, so duduk lah dengan F sekali, pondan tu ada ya, awas!

then lepas F balik kerja, bawa makan makan dengan tiktokers, after that MG sebagai tour guide kita bawa pusing pusing kuala lumpur sambil bercerita tentang sejarah malaysia, maklum lah orang berumur kan, semua benda dia tahu! hshshhss, aku pon lama juga tak jalan jalan KL waktu malam, so memang semua excited lah cerita dia.







tengok lah mamat sabah ni. dia punya senyum kemahen! seronok sangat lah tu jalan jalan KL, hahaha i'm happy with you! tiberh

keesokan harinya kami bercadang naik genting, nasib lah tak hujan, so pagi pagi tu kami terus ke genting highland. yang ni tak payah cerita lah dia punya beriya nak naik cable car, last last dia menjerit bah dalam tu, nasib baik lah berdua ja dalam tu, kalau tak buat malu aku je. hshshshsh jalan jalan lah atas tu macam takda pedoman hidup kan, pusing pusing tanpa arah tuju.







it was a good day to spend time together naik atas tu pusing makan makan, so lepas turun tu ingatkan plan nak jalan naik monorel mrt apa semua tapi tak jadi sebab dua dua barai. then dia ada sebut pasal batu caves. apa lagi aku terus waze lah batu cave. mula mula macam nak ambil gambar bawah tu je, then aku cakap lah "alang alang sampai ni takkan taknak naik sikit?" 

so kami pon naik lah sikit, lepas naik sikit tu aku cakap lagi "sikit lagi tu nak sampai atas, rugi ni kalau turun balik" hshshshshs dan kami pon sampai atas dengan tercungap cungapnya. biasalah budak gemuk kan. nak bawak lemak lagi. hmm



naik atas tu sampai turun sampai ke kereta ya dia ungkit pasal kena paksa naik. aku bukannya paksa, aku ajak je. hmmm


malam tu kami makan lah dengan pejan F arron, tapi aku tak ambil gambar. so halal je lah.



so hari last day, macam biasa kalau dah stay dekat airbnb yang ni mesti kena pergi swimming pool rooftop dia. sumpah best gila, aku suka betul view dekat sini dengan tak ramai orang. so memang best lah kalau nak santai santai atas tu.

lepas dah settle berendam macam badak, kami pon bersiap untuk check out dan ni acara paling tunggu tunggu ialah pusing Bukit Bintang! kau akan terkenal dekat Bukit Bintang dikk!!!





saja lah bawa naik MRT dengan monorel, aku pon dah laaaaaamaaaa tak naik natang tu semua sebab naik kereta kan. so memang penat lah, pergi makan dan pergi pasar seni untuk beli barang dia bawa balik. lepastu baru balik rembau balik.


dah balik rembau tu mula lah packing sebab barang beli macam tak ingat dunia kan. hahahaha sumbat lah satu bag luggage (dibaca bau kedai). 

sampai lah esoknya lepas lunch aku terus bawak dia ke klia untuk flight ke tawau semula. and you know? kitaorang kena keluarkan barang barang dari bag tu sebab terlebih muatan! hahahahaha

bergigih lah aku keluarkan barang barang dia. paling kesian sebab mak aku ada bagi dia mangga dengan buah, so tu pon kena keluarkan. p*ki betul orang jaga tu, biasa aku pergi tawau 12kg boleh je lepas. geram betul aku!


but not list! i got my dior! hehe
thank you belanja



so overall, trip kalini berbeza, sebab dari awal memang dah plan cuma ada masalah itu dan ini, so tukar tukar plan, dari tawau lagi tukar tukar plan tu. maaf kepada semua yang tak sempat jumpa. ada rezeki kita jumpa lagi, yang jumpa tu terima kasih kerana sudi lepak dengan kitaorang. 

time nampak armman masuk gate tu, aku tak tahu lah sedih dia lain macam sebab dia kan tak biasa naik kapal terbang, ni aku biarkan dia sorang sorang naik kapal terbang, nasib baik lah member sampai tawau dengan selamat. menangis juga aku balik tu sambil dengar lagu aina abdul. lah!

to Armman,
terima kasih sebab sudi datang semenanjung dan jalan jalan pusing sini (dibaca walaupon tak drive). banyak memori yang kita cipta, terima kasih sebab tak jemu layan saya yang cute ni. ehek! ada rezeki kita jumpa lagi okay!



so guys! sampai sini je kot, thank you sudi baca

xoxo
camiherlok