what if,
lot of question,
lot of question mark.
satu persatu persoalan masuk diminda,
hati tak akan tenang selagi tiada kata kata dari mulutku ini.
laju tangan aku menekan butang "video call" di aplikasi whatsapp
tertera namanya di atas sekali kerana sudah di pin kan
dia tidak berkata apa,
diam membisu,
aku yang bertungkus lumus mengemas rumah sewa yang aku cari setahun lalu,
tidak lah aku hiraukan keringatku di dahi itu,
aku tahu dia tidak tenang,
aku tahu dia tidak lalu makan,
aku tahu dia tidak boleh melelapkan mata,
satu persatu aku jelaskan semuanya yang berlaku,
itu ini,
sana sini,
terlihat air matanya keluar membuatkan hati aku rapuh,
aku faham perasaan yang dia lalui saat ketika ini,
hanya mampu memberikan kata kata jujur dari mulutku untuk membuat hatinya tenang,
sungguh bukan senang untuk mempunyai hubungan jarak jauh ini,
tapi kenapa aku memilih jalan ini?
kenapa tidak saja aku memilih orang berdekatan denganku?
satu tweet lalu di timeline aku,
"We don't meet people by accident. They are meant to cross our path for a reason"
aku memberikan screenshoot tweet itu kepadanya,
tangisannya kini deras,
persoalan kini terjawab,
aku bukan hanya mahukan relationship,
aku cuma mahukan seseorang ada dengan aku,
aku cuma mahukan dia sokong setiap gerak geriku,
aku cuma mahukan dia akan tenang bersamaku,
dia orang pertama yang membuka hati aku,
mana mungkin aku lepaskan semudah itu?
what if?