tiba tiba aku teringin buat sesuatu yang dipanggil "cerpen", yaa aku bukannya seorang sasterawan malah ahli ahli dewan bahasa dan pustaka.
minat ini mula bertandang sejak aku kecil, tapi aku tak punya dorongan mahupun keinginan untuk mengasah bakat. so mari baca cerpen aku.
LARI (chapter 1)
Tamat langkah yang terakhir. Mengeluh. Masih mencari-cari oxygen disekelilingnya. Waktu itu Akeel berseorangan, taman permainan kanak kanak yang dulunya dipenuhi dengan gelak tawa anak anak kecil kini hanya tinggal dedaunan kering terbang ditiup angin.
"Laju jugak aku lari keliling taman ni" ngomol Akeel.
"Awakk.. Nak air?" seorang gadis menghulur air mineral spritzer yang masih belum buka kepada Akeel. Matanya sedikit sepet, ada keturunan cina barangkali. Kulitnya seakan akan kuning langsat bersama lirikan senyuman yang terukir manis di bibirnya.
"Saa saayaa"
"Tidak mengapa, ambil lah"
Akeel terus mencapai air mineral dengan tangan kanannya dan meminum dengan rakus sekali. Seolah olah tak mendapat sumber bekalan air yang mencukupi. Sebenarnya, Akeel ialah seorang yang pemalu dan tidak mempunyai ramai kawan, sejak kecil lagi dia mempunyai darah yang gemuruh apabila bertemu dengan kenalan wanitanya. Lagi lagi berhadapan dengan situasi yang agak mencemaskan sekarang ini.
"Terima kasih yaa" Akeel memulakan semua perbualan setelah habis air mineral 150ml itu telah masuh ke dalam perutnya.
"Sama-sama" balas gadis bermata sepet itu lalu dia pun berlalu dari situ, yang tinggal hanya bau minyak wangi victoria secret.
Lamunan Akeel terhenti serta merta apabila baru dia menyedari bahawa gadis itu telah pon berada kira kira 100 meter dari tempat dia sedang berdiri. Maka bermulah langkah pertama dia berlari mengejar sang gadis.
"By the way, I Akeel, you?
"Julia" jawabnya ringkas.
"You duduk mana? Area sini jugak ke?"
"Aah, I selalu amik angin petang petang macam ni"
"ohh I see, boleh I tanya something?"
Akeel berhenti berjalan. mukanya kelihatan agak serious dengan tangannya menggenggam tumbukan. mungkin darah gemuruhnya sudah sampai limit. keadaan memaksa Julia untuk berhenti juga dan melihat Akeel yang tiba tiba berubah. Padanya ianya agak "pelik". tetapi Julia abaikan dan menjawab soalan Akeel.
"Sure, tanya lah"
"Aaaaaaa.. Aaaaaa. Kenapa you bagi I air mineral tu? And macam mana you tahu I need that water? And macam mana you tahu I tengah jogging or what so ever?"
Tudiaaa. Apabila seorang Akeel mendapat kekuatan untuk berhadapan dengan situasi genting sebegitu. bukan setakat basikal, tapi macam F1 dia punya soalan. Itu belum dengar cara dia bercakap. Laju macam Usain Bolt lari 100M di Olympic Rio baru baru ini.
"Ohh, pasal tu ke? I selalu datang taman ni tiap petang, and I selalu nampak you akan stop dekat tempat sama. and you nampak penat sangat. that's why I prepared mineral water untuk you harini. tak sangka you terima" jelas si Julia dengan jujur dan suaranya yang siapa mendengar pasti akan cair.
Akeel seolah hilang kaki. Hilang arah untuk berlari. apa yang dia dengar itu tak dapat otaknya untuk mem process.Pipinya muncul kemerahan. Tangannya sejuk secara tiba tiba. Dengupan jantung? Usah ditanya. pastinya laju, lagi laju dari Usain Bolt. Tidak pernah dia mempunyai keberanian untuk berhadapan dengan situasi yang baru sahaja dilaluinya sebentar tadi. Lama dia mengelamun. Sesedar dia hentikan lamunannya, Julia sudah jauh meninggalkan Akeel.
"Juliaaa tungguuuu!!" jeritnya tanpa mengesahkan sesiapa yang melihat nya senyum bagai orang tidak siuman itu.
Langkahnya untuk berlari kepada "sesuatu" kini bermula.
to be continued..