Wednesday, September 28, 2016

#BoomersPDtrip

greeting

hi, lama betul aku tak update blog ni, tangan pon dah kekok nak type lelaju, kahkah
biar lah tangan kekok nak type jangan friendship kita kekok sudah? aik. 

emm, okay sebenarnya aku nak story pasal PD Trip kitaorang.
siapa "kitaorang" tu?

kemon lah, mestilah my boomers !

okay lek lek, bagi aku biasakan diri dengan keyboard ni dulu ye, sat sat

okay, sebenarnya lepas JB Trip kitaorang bulan 12 tahun lepas, habis je JB Trip tu, masing masing "ketagih" nak pergi trip lagi, so selaku ahli boomers, kami mempunyai angan angan yang amat dasyat!!

sebab apa? sebab masing masing cadang nak pergi krabi lah, singapore lah, indon lah

so bila pikir pikir balik. kami membuat keputusan untuk pergi ke penang.

lama jugak lah plan nak ke penang, buat roadtrip, naik van, macam macam lah plannya,

tapi apa kan daya, plan nak ke penang terpaksa batal atas sebab sebab tertentu. dan semestinya aku ialah salah sorang yang paling sedih. ye ah dah tak jadi pergi en? cancel gitu je

so apa plan aku? idea tercetus nak ke pd bila aku otp dengan fy, time tu aku kata "kita pergi dekat dekat je lah" so fy pon memarahi saya, kahkah ! bukan apa cuma dia tanak aku kecewa lagi sekali, awwww so sweeettt !!

so bila bincang dengan fy, aku degan fy je tahu. tak silap aku bulan 7 haritu kot bincang pasal trip ke PD ni. 

fy cakap "jangan bagi tahu awal, nanti kang ada yang tak dapat pergi lagi. kang kau pulak yang marah"

so kau kenal kan siapa seorang syahmi? mana boleh tak bagi tahu plan bila dia excited!

aku tahan gila mulut dari cakap dengan semuaorang, so bila sampai waktu yang patut diberitahu iaitu bulan 23 ogos, aku dengan sepantas kilatnya bagi tahu semuaorang pasal plan nak ke PD, masing masing macam excited, and ada yang tak excited, ada yang malas nak ikut. tapi pedulik apa aku. yang penting aku nak semua ikut. 

so bila dah bincang nak tidur mana semua, aktiviti apa semua en en, kitaorang pon pergi lah ke PD dengan banyak masalah,

so perjalanan bermula dari yang dari segamat naik bas terdiri daripada cipit, mijo dengan pejan. diikuti dari shah alam aku ain ainaa yaa dengan F. oh lupa, kali ni boomers ada tetamu jemputan khas, iaiituuu SYAHIRR ! kahkah, so kami berkumpul dekat rumah fy tengah hari jumaat tu.

dari segamat pon dah sampai, kami memulakan perjalanan ke PD dengan bismillah, gigih gila weh naik dua kancil muatkan 10 orang. kahkah

sampai je hotel tu, semua macam orang gayat tak pernah masuk hotel agaknya, masing masing rebut bilik tidur, aku macam biasalah cool je en en en !

so. plannya nak mandi swimming pool petang tu, tapi budak budak ni nak tukar plan, aku ikutkan aje. asalkan semua happy en. so petang tu dalam pukul 6, semua siap siap pergi pantai cahaya, seriously aku speechless dengan view kat sana ! walaupon dah biasa pergi PD, tapi pantai ni pasir dia bersih gila kot ! kahkah. apa lagi masing masing main air laut lah en. dah dalam pukul 6.45 tu aku cipit mijo cahir pergilah cari kayu api. konon nak buat fire camp.

serious weh ! kejap gila kitaorang hidupkan api. berbanding dari JB haritu. kahkah

so, kitaorang lepak dekat fire camp tu, and bakar hotdog. pergh ! acah gila masing masing. jap aku share gambo



dari kiri, cami mijo cipit cahir F

dari kiri fy ainaa pejan ain yaa


kahkah ! gigih gila weh, lepak pantai sampai malam. agak agak dah pukul 830 tu kitaorang semua pergi lah cari makan. pergi lah kedai tomyam apa benda tah. nak tahu tak lambat gila service diaorang! tapi yang penting aku cipit mijo cahir dengan pejan order #carrotsusugelasbesar ! hahaha ni semua cipit punya pasal, dalam kereta sebut benda alah tu, dah kitaorang semua order air sama! kahkah. disebabkan lambat dapat makanan, sebelah tu ada bundle, apa lagi kitaorang usha bundle tuh, namanya seorang syahmi lagi sekali tumpas ditangan bundle tu. lawa gila kot baju dia. and cipit pon beli selai.


okay lepas semua dah kenyang, tapi tak kenyang pon sebenarnya, semua balik hotel. ingat balik hotel semua terus pergi mandi? memang tak. mandinya dah beratur macam pagi raya. dengan bebudak ni main uno lagi. kahkah. so dalam pukul 1 gitu memasing mengadu lapar, si ainaa masak lah maggi 5 bungkus. perghhhh makan lagi, dengan sejuk aircondnya tambah pulak main uno.

tak boomers lah kalau tidur awal en. habis je makan semua lawan main uno. cer teka siapa kalah? kemon lah ! mesti lah cipit ! hahahahahhahaa

so aku cipit fy yaa tidur dalam pukul 4.30 pagi gitu, bangun pukul 7, apa lagi. kitaorang pergi mandi swimming pool lah! tapi F mijo dengan fy tak ikut, sebab tidur en.

agak dah kecut semua benda dekat badan. kitaorang naik lah. siap siap nak balik.

lepas checkout, pekena cendol kasih sayang dulu. dekat sana kitaorang main silent killer dengan uno. berdekah siaa ! tapi kalini ain pulak kalah main uno. dah drag gila masa nak balik. pukul 230 jugak lah baru gerak balik seremban.



singgah rumah aku kejap. nak amik barang en. then baru hantar si fy dengan mijo. then balik puncak. oh ye, cipit dengan pejan tidur sini. sebab esoknya nak hantar ke tbs diaorang nak balik kluang dengan segamat.

kejap sangat doh 2 hari satu malam dekat PD, tak puas gila.

so gais? next trip?