Sunday, March 30, 2025

langkahku jatuh

segala yang telah ditakdirkan.
yang selama ini ku nantikan.
aku disini hanya memberi kata kata
berusaha juga aku berjaga.
apa aku bersedia?

detik-detik masa yang berlalu begitu saja sekejap sangat.
di umurku semakin meningkat. makin sedikit teman dekat.
hanya boleh dikira jari. entah dua, entah tiga aku tak ingat.
tetap berterima kasih disisi. temaniku yang selalu emosi.
itulah daur di hidup. ada warna hitam dan putih.
daur hidupku seperti pelangi. ada yang patah akan tumbuh pasti
yang hilang pula akan berganti. ku butuh pertemuan dan perpisahan .
semuanya aku rayakan, semua diwarnakan semua tak pilih kasih.
biar diri sendiri mengingat. sampai nanti di lain hari.
sampai nanti di lain bumi. jadi tolong jangan pergi.
tiga puluh tahun kini. akan muncul kembali, 
sembunyi balik dinding itu yang terbaik, tidak berpaling walau sedetik.
manis umpama memori diputar kepala, dengan kejam memaksa untuk berputar.
tanpa berasa salah, terasa berat kaki mula melangkah.
tapi ke manakah tujuan?
kembali tanpa sedar biar, biar aku hanya membiar ia berputar..

langkah satu, mula terjatuh.
langkah dua, pula tersungkur.
tetap ku bangun semula.
pendam buat selamanya.
ingin menjerit pada siapa?
cuba untuk langkah ke tiga.

sembunyikan mataku yang perih mendongak memandang ke langit.
begitu indah semua ciptaanNya, ingin mulakan semula semua,
menghembus lama nafas yang berat. apa kau perlu buat?
"sedar moga terus beringat sampai nanti di lain bumi.
sampai nanti tahu dimana asal usul diri." otak berbicara. mereka pula berkata
"semua berubah nanti jika kau silap langkah,
punah harapan alam semesta jika masih melangkah dunia akan menjadi nyata.
peluang kedua hanya datang pada orang istimewa."
Dariku belum berbeza, mengapa aku masih sama?
perlahan aku mebelai bahu. walau tahu siapa ada disisi sendiri,
siapa mampu temani hari hari. sampai satu saat nanti
lama lama jangan biar aku mati dalam diri yang keji.
"salahkah caraku memberi, atau salah caraku menerima?"
bangun berjalan dan berlari jalan tujuan mula menyinari."
aku perlu aku melangkah satu lagi. bersedia tapi otak berkata.
"oh atau apa mungkin. masa berlalu hanya sia sia?"

langkah tiga, terus terbenam.
langkah empat, masih gugur.
cuba lagi lima, enam ke tujuh.
tetap bangun walau terjatuh.
pendam buat selamanya.
ingin menjerit pada siapa?

langkah seratus, seribu mahu sejuta,
semua bermain diminda. tidak aku pinta,
ingin menjerit pada siapa? hanya Dia yang mendengar.
ingin menjerit pada siapa?
kalau pon ada. dimanakah dia?