sampai bila lagi aku akan begini lagi,
tanpa sedikit alasan kau pergi tanpa alasan.
terlanjur mencintaimu kau hilang tanpa alasan.
tutur manismu membuatku sakit dan hancur.
bodohnya dunia menganggap kita penuh bahagia.
sampai bila lagi kau tak tunjuk mati.
tanpa sedikit alasan kau pergi tanpa alasan.
bukan kita dua insan penuh cinta tanpa alasan?
manis bibirmu masih ku ingat hingga kini.
bodohnya dunia, atau bodohnya aku diperbodoh?
berulang kali kata maaf meluncur di bibirmu.
bukan maaf yang ku minta.
tapi pelukmu yang ku pinta.
ohh tuhan apa cinta atau bodoh?
ohh tuhan.
apa benar ini jalan yang kau beri?
sakitnya ini tak pernah ku rasa.
ohh tuhan.
jika itu aturmu ku ingin berdoa.
bawalah dia kembali bertemu denganku.
walau sesaat bawa dia kembali.
ohh tuhan.
kau dengarlah jerit jiwa ku ini.
sakit ini ku tak sanggup lagi.
kau bawa dia kembali,
walau ku tahu akan lebih sakit lagi.
ohhh tuhan. ambil sakit ini kembali!
sampai bila sakit ini akan berhenti mereda?
tanpa sedikit alasan mahu hanya mahu alasan.
bukan ku tak terima bukan ku tak merela.
susahku mahu rasakan cinta. tapi tidak dengannya.
bodohnya dunia, hidangkan kata kata cinta dusta.
berulang kali kata maaf meluncur dibibirmu.
ku tak butuh kata maaf. cuma pelukmu didada.
kerna masih ada sisa rasa didada.
ohh tuhan apa ini cinta atau bodoh?
bodohnya diri menangis tanpa belas,
apa kau tersenyum melihat aku begini?
puas hatimu? puas rasa sakitku. puas kau hilang sekelip mata?
bodoh juga dirimu kau berikan mu bodoh itu.
ohh tuhan.
apa benar ini jalan yang kau beri?
sakitnya kita kau hantar padanya.
ohh tuhan.
jika itu aturmu ku ingin berdoa.
tak usah bawanya kembali bertemu padaku.
sesaat teringat wajah ku rasa mual.
ohh tuhan.
kau dengarlah jerit jiwa ku ini.
sakit ini masih tersisa mohon kau padam.
ku tak mahu rasa bodoh ini.
maksudku rasa cinta ini!
ku tak hadapkan nya lagi!
sialan dia! sakit ini tak melupa!
cinta dan bodoh adakah serupa?
ohh tuhan.
lupakan isi kepalaku tentangnya.
jangan kau datang kembali.
kau tahu aku akan lemah semula.
mulut kata berani tapi hati hampir mati.
biar masa kita bersama simpan kotak besi.
kuncinya ku buang jangan cuba mencari.
laut dan petir bergaduh hebat.
seperti kita, air dan api sukar terjadi.