Monday, September 23, 2024

AKU TAKUT ANGIN

 


Aku pergi duluan,
kau kan menyusulkan?
jangan lama lama.

Ini coret terakhirku.
bukan kerna ku melupa.
tapi ku mahu kau terus berjalan.
doaku menyerta kerna bersama.
percaya padaku, Tuhan pun Tertawa.
melihat isinya yang tidak sekata.
Tidak tunduk lagi mengata.

Anggapku tiada tidak mengapa.
bukan cemerlang ku minta,
cuma takdir kita ulang.
kerna akan merindu.
temu mata yang sayu.
apa aku mampu?
Kotor itu sudah kaku.

Ku anggap ia takdir yang kutulis dulu sudah selesai.
geram jelas yang mengalun padaku.
bagus untuk kau tahu ketika ini.
Jangan mati membawa bersama.

kelak,
Jumpa aku disana.
Cuma entah dimana.
yang aku maksud.
terus kau melaju ikut Angin yang ku kirim.
Aku takut.