Langit kian gelap,
tanda hari bakal dibanjiri dengan air mata langit.
Satu pesanan masuk ke telefon pintarku.
"i need to see you at 1.50pm after you had your lunch"
sudah ku sangka apa yang bakal diberitahu kelak.
lagakku biasa.
raut wajahku ku tutupi dengan pelikup muka.
"I'm sorry to let you know this. today is your last day of work. we decided not to give you a confirmation letter"
masih lagi senyum.
aku tidak berkata apa apa.
egoku tinggi barang kali.
tanda tangan yang megah menconteng kertas yang diberikan.
tarik nafas dan melihatnya keluar dari bangunan itu.
hanya ku fikir ialah bonda.
terus mencapai telefon pintarku mendail no yang tidak asing.
"Assalamualaikum" katanya dengan ceria.
entah mengapa air mataku mengalir seperti hujan di luar pabila dengar suaranya
beberapa saat untuk kuatkan semangat untuk bercerita.
"Tak mengapa, bukan rezeki acik dekat situ. yang penting acik kena reda, Mak ada"
deras air mataku gugur di pipi yang entah berapa kilogram.
sudah tertulis rezeki aku setakat itu dan aku reda.
jangan putus asa dan terus maju untuk hari esok.
terus melangkah kerana esok pasti akan ada pelangi.
Allah Tak akan uji hambanya kalau itu bukan keupayaanya.
InshaaAllah.
Aku kuat