Friday, April 25, 2025

dihati tak pernah mati.

ku memerhatikan bintang bintang jatuh,
jauh di hujung sana ku berlari dan mengambil,
membelai membasuh segala luka ada,
kembali terbang semula ke langit, seusai.

terbanglah kau tinggi,
bersama sama sayapku cipta.

terima kasih
kerna ada menemani,
saat saat aku sunyi,
walau hanya sebentar,
walau hanya datang dan pergi,
tak mengapa.
kembali memerhati bintang bintang berkelip.

berkaca datang kembali menyapa.

apakah kau baik baik sahaja?
mengapa masih bertahankan luka?
berapa lama lagi terus begini?
tinggalkan tanda tanya.
tinggalkan bersama bejana penuh air mata.

bila saatnya nanti,
kau terjatuh dari langit,
aku akan tiada dibumi,
berharap kau baik baik sahaja,
meski tiada dimata,
dihati tak pernah mati.
tidak akan pernah sekali pun mati.

dengarlah laguku cipta,
semadiku dengan doa doa.