Ulang tayang kenangan, jangan biarkan aku sorang.
Tiada cahaya, masih adakah jalan untuk aku pulang?
kenapa aku jadi begini? perasaan tak menentu-nentu.
kalau boleh tak mahu seperti dahulu.
sunyi, kosong, bising, kotor, dungu.
tolong isikan apa yang aku kurang.
apa yang kurang juga aku sendiri tak tahu.
jiwa juga pernah diberi.
mereka juga pernah disisi.
ini akan jadi saat aku sunyi.
cuba bermacam cara tapi tak jadi.
sudah lelah nampak ceria tapi semuanya aku lali.
Tenggelamkan air mata, jangan kau selami.
Jangan terlalu derita, nanti kau akan pergi.
Aku beri macam macam, ini yang kau beri?
Kenapa kembali disini? apa kau mengerti?
Putar saat kita masih berapi, itu bagai mimpi ngeri.
Emosi tidak tentu apa aku benar sungguh?
Bercelaru kaku diam membeku sampai tekujuh.
Tak nafikan kau pernah singgah jadi tempat berteduh.
Tipu aku tiada rasa sampai ku benar benar luluh.
Apa kau mahu dari aku yang tiada paruh.
Apa sebenarnya kau hanya bertaruh?
Apa benar?
kau hanya Bertaruh?
