penantian bermula sejak aku bergelar jurufoto,
tarikh itu tidak kena,
tarikh ini tidak kena.
membawa seluruh syurga pada syawal 2023,
senyum sampai ke telinga gaya nya.
pesanan hadir gembira tak terkata,
aku seperti biasa, tumpang berduka.
ini bukan impiannya sejak awal,
cuma ini satu langkah kedunia nyata.
cuba selami kisah anak syurga.
cuba meluahkan memalui karya.
satu kata muncul ketika baru sahaja lena,
namanya syahmi, terus bangkit dan melakar melalui pena.
"Saat diuji Tuhan yang satu,
Lebur ia menjadi pilu,
ikhlaskan ku perhi wahai Bonda,
Seka air mata, kunanti mu di Syurga"
satu persatu cuba selami.
apa kau sudah menyediakan bentala untuk harungi?
sudah kuat emosi untuk melayari bahtera itu?
kini sudah dijajahi serata tanah air.
ada yang berduka,
ada yang memuji
ada yang bercerita.
aku?
tetap dengan sebatang pena.