desiran ombak yang lembut menghempas pantai,
menjadi halwa telinga saat matahari diatas kepala,
angin menyentuh pipi yang kian membesar.
aku disini bersama manusia manusia sewarga negara.
kali kedua dan akan berkunjung lagi saat tiba waktu.
suasana yang tenang meringankan beban di bahu.
tidak mahu kembali ke realiti lagi.
adakah ini mimpi?
jika ini mimpi, biarkan aku lena seketika lagi.
jika ini mimpi, jangan kejutkan nyenyakku ini,
jika ini mimpi, bisakah aku berada disini hingga mata terbuka?
tertawa keriangan melihat mereka gembira,
saat itu segala lelah telah dibayar serta merta.
bukan ini jalan yang aku impikan,
cuma ini jalan yang aku cipta.
teruskan melangkah.
melakar memori hingga lanjut usia.
Pulau Weh, Aceh, Indonesia
10:48pm