waktu itu aku sendiri.
mungkin ia akan menjadikan pengajaran buat diri.
apa yang perlu
dan apa yang tidak.
kadang aku sendiri tidak menyedari.
badan terkawal dengan sendiri.
atau mungkin ianya satu dugaan,
dugaan yang bukannya dari diri.
sengaja dicipta dongeng belaka
musnahkan impian aku.
rasa kosong membisikkan sesuatu.
saat diri menjadi lemah dan tak bermaya,
saat mata dipejam muncul pelbagai rasa.
kadang ku tak mampu bertahan.
kuatkan diri.
kuatkan hati.
terus menghadap situasi.
ianya hanya sementara.
sementara tidak bermaksud melupakan.
aku aku berharap kau lupa
lupa tentang aku
lupa tantang kita.