Thursday, June 26, 2025

pulih

hening disubuh hari,
belum sahaja ku mampu lenakan mata,
dibuai rasa takut dan lelah,
ditemani hangat air mata di pipi.
kisah yang lalu ku masih menghantuiku,
tangan melaju memanggil nombor yang tidak asing.
suaranya sayu,
suaraku pilu,
menjalani malamku dengan perasaan yang masih,
takut.
doa ku panjat,
tangan ku longlai,
kaki ku kian berat,
hati ku musnah,
hancur berkecai.
menantikan saat ia kembali sempurna,
memohon ampun dan maaf pada sang pencipta,
bonda ku peluk erat,
zahir semua rasa takut merangkumi diri.
tidak ada sedikit kata yang kesat,
malah berdua mengesat air mata menjunam jatuh.
aku masih tidak punya daya,
dia seolah tiada apa apa,
masih berupaya menasihati diri kotor ku ini,
apa yang boleh kubalas kembali?
semua rasa yang kau kasihi,
sayang kau sikit tidak menjejas diri.
menemani sehingga aku benar benar,
pulih.