kata orang "jangan menangis",
"kau kena kuat, jangan tunjuk diri kau lemah"
kata orang juga
"Kalau kau menangis, lagi orang akan ambil kesempatan".
tapi kata dia "menangis lah"
"andai menangis itu buat kau lapang dada"
"menangis bila penat, menangis bila takda kekuatan dalam diri".
menangis,
lepaskan apa yang didalam dada.
menangis bukan tanda lemah.
menangis bukan tanda kalah,
menangis..
duduk dalam kereta,
melihat lampu yang kian malap.
sepiku kini kian pudar,
kerana air mata sudah kulepaskan.
moga ia terus bangkit.
usai air mata.