Thursday, October 19, 2023

HARTA IDAMAN

 mempunyai impian tidak ada salahnya,

semenjak dibangku sekolah lagi aku mengidamkan memiliki engkau,

jelas di raut wajahku cemburu melihat teman membawa kau kemana mana,

bukan tidak mampu, cuma bagiku ia hanya kemahuan semata mata,


berlegar legar di timeline Twitter yang kini berubah menjadi X,

sungguh aku mengimpikannya,

buktinya?

boleh lihat didalam troli aplikasi Shopee serta caraosell,

seorang sahabat ingin melepaskan "harta" itu,


harganya? tidak begitu murah dan tidak pula begitu mahal berbanding harga semasa,

lalu berbahasa basi "3 kali bayar aku ambil"

tanpa berlengah dia mengatakan ia.

terus diskusi perjumpaan di Alor Gajah sebagai serahan harta itu.


jantung berdegup kencang, ingin melamar idaman kalbu.

warna coklat cair menghiasi tubuhnya.

jatuh cinta pandang pertama,

tanpa berlengah harta bertukar milik.


kini kau menjadi kepunyaanku,

adakah aku bahagia?

sudah semestinya.

bagi aku ini ialah hadiah kepada diri sendiri kerana masih berdiri di atas kaki sendiri.

aku bangga pada aku.


semoga bersamaku sehingga kau bertukar milik.


cami,

Rembau 1141pm.