Thursday, March 29, 2018

lari dari kehidupan

akan ada satu saat.
kau terlalu penat.
or maybe bukan "kau" tapi "aku"
ye aku terlalu penat.

bukan penat angkat lori, kapal terbang mahupun kawan kawan yang gemuk.
tetapi penat untuk hidup.
boleh ke kalau aku berbicara seperti itu?

penat melayan kerenah manusia yang dengki,
penat dengan drama manusia yang mengalahkan slot akasia TV3,
penat dengan kata kata dari mulut busuk macam kau.

tapi secara kasarnya, ianya ialah sebuah ujian.
Dia mahu uji bagaimana kau atasi segala masalah ni.
macam mana kau nak berdepan dengan situasi ini.

beberapa batang nikotina aku hembus ke langit.
masih penat.
belum sempat masalah lama selesai. timbul masalah baru.
apa yang kau tak puas hati?

salah.
apa yang kau mahu sebenarnya?