Saturday, December 30, 2017

degree?

menghitung hari untuk menghabiskan sisa sisa kehidupan seorang degree holder.
mungkin banyak mahu diceritakan
yang manis
yang pahit
yang bakal dibawakan memori bersama
mahupun ditinggalkan biar berlalu.

2015 hingga 2017.
dari puncak hingga ke rembau.
memori rakan sekelas,
memori rakan serumah.
memori bersama pensyarah.

tapi aku personally agak sedih.
bukan sedih mahu tinggalkan kenangan,
tetapi ending degree ni aku rasa hambar.
yes.
hambar.

gaduh sini.
gaduh sana.
sini kutuk sana.
sana kutuk sini.
yes. aku sedih.

bukannya kita dapat jumpa, berkumpul macam mana kita buat selama ni.
bukannya kita boleh lepak masak sama sama.
bukannya kita boleh ketawa macam orang gila.

tapi aku harap semua boleh lalukan intern dengan baik.
konvo sama sama, kita kumpul harap jangan ada tarik muka.
sungguh. aku penat.

terima kasih 2 tahun bersama.
terima kasih layan kerenah aku.
terima kasih bagi yang stay dengan aku.
terima kasih segalanya.