Thursday, June 9, 2016

JUMAAT

hai,
assalamualaikum

ye, harini hari jumaat dan ini ialah bulan Ramdhan ! 
biasanyakan bulan bulan yang mulia macam ni orang kata tak elok mencarut, tapi tapi tapi !
ya Allahhhhhhhh aku ada kelas ENT pagi ni.

okay slow slow cerita *heavy breath*

cerita dia hari rabu madam kata nak cancelkan kelas, sebab dia ada meeting okay lah, aku dah bahagia sebab nak balik en. bukak puasa kat rumah. sekali khamis tu dia kata meeting dia cancel. aku dah pikir dah nak balik. lepas tuh lepas subuh nak mai puncak balik en en en. sekali aku tak jadi balik. sebab macam menyusahkan, dah lah kejap je kat rumah. baik tayah balik. then, 

aku pon buka puasa dengan member hosmet semua, dan malam buat assignment yang suddenly kena hantar hari JUMAAT ! kau rasa? okay lah semua kabut nak buat assignment. habis semua ada yang tak tidur. malam berlalu.

pagi macam biasa. lepas subuh tidur balik. dannn aku set alarm pukul 815, tapi aku terjaga 745, okay lah takpa. eh ada notification whatsapp. 

*opened* 

"kelas harini cancel ye, and ada test, pukul 9 saya kasi, hantar pukul 11. and tell your friends get ready for test"

kah. aku senyum. ketawa sikit

aku rasa pagi pagi aku harus diberi berita yang gembira seperti ini. 

sungguh

aku gembira !!!

ini cerita JUMAAT aku.

sekian

OH DAN LUPA. ASSIGNMENT KENA HANTAR MINGGU DEPAN ! DAN BUKAN HARI JUMAAT INI !