hai hai hai ! assaalamualaikum semua !
so setelah sebulan berlalu, dengan masalah laptop aku lagi. so ni baru nak update pasal BOOMERS pergi trip !!!
ini rancangan snowman sebenarnya, biasalah lepas lepak dekat IFC mana pernah tak borak kosong kan? hahaha so kitaorang plan lah nak pergi trip,, so kemana ke kita? haaaa plannya nak ke krabi lah penang lah langkawi lah ganu ler. tapi JB menjadi pilihan !
fuhhhh kalau nak cakap pasal sebelum trip ni, memang banyak gila dugaan. gaduh dia apa semua lah. nak ikot cakap orang ni. orang ni pulak. nak tidur hotel lah homestay lah. macam macam lah gaduhnyaaaa..
so tarikh 3,4,5 dis kitaorang pergi jelajah johor bahru ! kahkah ! so macam biasa. yang join trip ni mestilah terdiri daripada Snowman aku ainaa ain yaa, then berkobelarasi dengan boom terdiri daripada cipit mijo fy intan dan tetamu jemputan kitaorang F and afzan.
sebenarnya kan ramai aku ajak, tapi masing masing cancel last minute lah, ada hal lah, so aku taknak paksa paksa. eh kejap, apa paksa paksa ni ?? HAHAHA
so rabu aku f yaa datang segamat dalam malam tuh, pagi khamis kitaorang terus gerak jb, naik dua kereta kelisa dengan wira maryam,, jeng jeng jeng ! kau ingat terus gerak jb ke? kahkah mestilah kena singgah green tea ! dan dan lepas singgah green tea tuh kan. ada orang calll "wehhh korang kat mana? emmm ibu kasi ikut... emm emm emm"
apa lagiii aku sanggup patah balik semat mata nak amik Fy!! sumpah kalau aku kat labis pon aku sanggup patah balik kot. so lepas amik Fy terus chau pergi JB. lokasi pertama ialah Homestay dekat bandar baru uda, homestay ni sumpah best gila ! selesa dan berpatutan.
lepas dah bergaduh nak duduk bilik mana satu, semua melepet kat rumah, padahal masing masing tak makan lagi tuh. semua tatahu nak buat apa. hahaha dengan rumah ada unifi lagiii. fuhhh lagi melepet lah masing masing ! sebenarnya tunggu ain balik kerja. lanje sikit
nampak tak F tu dah molengsar kek sofa tuh ! hahahaha
haaaaa lepas semua dah mengadu dekat aku perut masing masing main drum lah, tengah buat concert lah. jom lah kita bersiap lepas asar gerak pergi beli barang untuk bbq esokknya, tapi sebelum tu pergi isi perut dekat kedai mamak. semua dah cukup, ain aje takde. kerja kan. haaaa
so lepas maghrib gitu, pergi giant shopping barang basah, then apa lagi. lokasi seterusnya ialah kilang bateri ! memang dah lama sebenarnya nak pergi sini ! then dapat pon pergi, tapi time pergi tu banyak kedai dah kedai tutup sebab dalam 1030 nak ke 11 gitu, zai dengan jiha dah tunggu sana dah. then amik gambaq lah sikit dengan zai jiha semua. hee
gambaq kat kilang bateri banyak gila tak senonoh masing masing tak dapat nak behave, HAHAHAH so malas lah nak letak. letak yang behave aje. so lepas pergi kilang bateri ingat terus balik ke? silap besar lah terus balik en. so kitaorang pergi lah bazar karat ! fuhhhhh dia punya lencun tiak tuh. lekit doh. lama jugak lah kitaorang round round. sampai 2 jugak baru sampai rumah,, sampai rumah dah solat mandi semua ingat boleh senang senang tidur ke? kahkah ! masing masing segar weh mata ! aku tak tatahu apasal ! main gitar lah, main melodiyaa lah main ohsom lah ! main masak maggi lepas tuh makan lah. gila doh bebudak ni.
ni yang berjaya stay lah ! hahaha ainaa fy F dah selamat dah tidoq. tapi lepas tuh fy bangun join kitaorang memekak ! hahaha goodjob fy ! punya lah lama en tak dapat tido. sampai subuh aku mijo cipit pergi masjid lah, aku lupa haritu jumaat, subuh pulak en. mesti lah baca sajadah. fuhhhh ! dengan tak tidonya! baca sajadah weh. rakaat kedua baca kahfi kot. apak diaaa rabak sia mata ! balik je rumah aku terus carik katil,. tak pikir apa dah. pap ! lelap!
yang bestnya dekat bandar baru uda ni. dia punya subuh hidup doh. padahal jumaat cuti kot kat johor, masjid besar tuh ada lah dalam 6 saf kot. gila doh ! tabik ah johor
so bangun pukul 930pagi masak dengan ainaa fy ain kita masak breakfast, lepas habis breakfast tuh semua dah siap nak pergi main tempat yang nak pergi ! iaitu pantai !!! yeayyyyy ! sampai sampai pantai tuh. naikkan khemah semua, hidupkan api, cipit dah terjun dah dalam laut. hahaha aku meyusul ! fuhhh best gila weh kat pantai tanjung balau, indahnya !
F tak mandi. jaga kulit katanya, so dia selpie kat phone aku. kahkah
lepas habis BBQ aku memang nak buat benda ni dah lama gila aku teringin ! camp fire ! jadi wehhh !!! kitaorang duduk keliling nyanyi semua. sumpah aku sedih time ni ! sedih gembira doh !
dekat tanjung balau, aku memang dah lama nak jumpa si helmy ni ! apak diaaaa dari lepas grad PLKN sampai lah sekarang tak pernah jumpa. haritu baru jumpa. lepas jugak lah rindu dekat budak gemok ni. so dari tengah hari sampai ke malam si helmy ni join kitaorang, habis pukul 10 tuh semua dah pack nak balik rumah en.
so dah sampai rumah tuhh dalam 1230 gitu semua lemau sikit, tapi masih tak boleh tidoq. and chua and the gang datangggg !! punya lah tatahu nak buat apa, so kitaorang main silent killer dalam rumah tuh pukul 2 pagi. kahkah itu biasa., berdekah weh main. yang kenyit matanya, yang salah catch lah ! hahahahaha lepas dah puas tuh. masuk tidur, behave sikit lah malam tuh dalam 4 kot kitaorang tidoq.
esoknya hari sabtu, semua bangun lambat. so aku kejut semua lincah kemas rumah sebab nak checkout en. so dalam 12 kitaorang gerak tanjung puteri RnF, so bawak sekali chuaruddin and the gang.
lepas penat lepak RnF tuh, kereta ain pulak rosakkkk nak dijadikan ceritanyaaaaaa, lepastuh hantaq kereta dekat rumah gerak makan dekat kampung melayu, then makan ahhhh ! sumpahh satey kat sana best gila !! omaigad ! best gilaaa doh ! hahahaha tengah tengah makan pulak, hujan lebat gila ! dah stuck dekat kedai tuh, pekena pulak ABC diaaaaa sedakkk bak angg !!!
lepas dah lama gila tunggu, kitaorang gerak JPO ah,. bebudak ni nak shopping en. so pergi jpo lah. aku mijo cipit 78% duduk. hahahahaha serious ah penat nak mampos weh jalan shopping. aku tatahu mana bebudak ni dapat energy !
otw nak ke kereta tuh, aku buat hal, aku cakap aku tanak stay rumah ain. nak balik segamat terus. kadang aku tahan weh ketawa, yaa ain ainaa dah habis marah dah tuh. bergaduh dekat parking lot, sampai ke luar JPO tuh gaduh weh ! hahahahaha habis yaaa menjerit kat aku. aku pergi kat wira kasi tahu ainaa, ainaa dah panas yang tu semua prank ! HAHAHAHAH sumpah time tuh ainaa punya muka tahan marah gila,. yaa tahu pon dia terus jerit "BABIIII !!!'hahahahahaha so lepas makan malam, lepas main silent killer pakai duit syiling, prank ain lagi kasi kek !
"aku tanak korang gaduh gaduh"
dan diikuti oleh fy mijo afzan. HAHAHAHAH sial lah. berdekah dia wehh sumpah ahhh
malam lepas dinner. bebudak ni balik segamat, aku ainaa yaa afzan stay rumah ain. ingat boleh tido? hahaha lepak ruang tamu, cerita balik insiden "snowman bergaduh" petang tadinya berdekah gila weh.
so esoknya balik segamat.
thank you semua !
thankyou ain
thankyou ainaa
thankyou yaaa
thankyou mijo
thankyou fy
thankyou cipit
thankyou intan
thankyou F
thank you afzan
thankyou helmy dengan kawan,
thankyou chua and the geng.
next trip pergi mana gais?