Wednesday, April 29, 2015

HILANG

okay bismillah

assalamualaikum.

hai.

aku tak tahu kenapa tergerak hati aku ni nak update blog. hmm maybe sebab banyak cerita?
maybe takde siapa aku nak luahkan semua perasaan aku?
maybe juga aku kekurangan kasih sayang?

entah

okay. aku ada sorang member rapat dari darjah 1.
ye darjah satu umur kami 7 tahun. kami madrasah petang bersama.
main time rehat bersama
makan aiskrim malaysia tuh sama sama
makan mee dalam plastik.
solat asar sama sama.
then. tiap kali raya. dia akan ke rumah aku.

borak bagai orang gila.
tapi itu dulu
setelah selesai darjah 5. dan kami ambil UPKK
masing masing tidak berjumpa. kalau berjumpa pon dia akan kerumah aku
tu pon. Raya.

minggu lepas. aku ke tesco ayer keroh melaka.
ada orang panggil aku.
"gemok! mok! mok!"
aku toleh.
aku perasan dia yang panggil aku "gemok" tuh
aku pergi dekat dia.
"woi ! kau apahal kurus sangat ni?!"

kau bayangkan. sudah lama terpisah. dan kami bergelak sakan macam hari hari lepak.
aku tenang seketika.
sudah lama tidak ketawa sebegitu barangkali.
pertemuan sesingkat 2 minit itu kami akhiri dengan lambaian
dia mahu cepat.
begitu juga aku.

semalam. 29 April 2015
aku dapat berita.
bahawa dia sudah tiada
terus hatiku rasa suatu kehilangan yang besar !
dia kemalangan. motor dan lori.
aku bagai tak percaya.
sungguh

dan aku fikir. aku dapat lihat tawanya seminggu lalu.

tenang kau disana Ahmad Jabbar
Al-Fatihah